Warga Asing Guna Sihir Uri Kucing Tundukkan Wanita Tempatan

Niat asal warga asing yang datang ke Malaysia adalah untuk bekerja, namun ada juga segelintir lelaki warga asing tersebut dikesan mengambil jalan mudah mencari duit dengan cara menggoda wanita tempatan melalui ilmu sihir. Ilmu sihir itu termasuklah menggunakan minyak dan serbuk pengasih yang diperbuat daripada bahan-bahan kotor.

Matlamat utama lelaki-lelaki durjana itu hanya satu iaitu menundukkan wanita sasaran, seterusnya membuatkan wanita itu menurut segala kehendak mereka. Dengan itu, mereka tidak perlu lagi bersusah payah bekerja sebagai buruh kasar atau pekerja kilang untuk mengumpul wang.

sihir

Keratan Akhbar Harian Metro

Demi mencapai matlamat mereka, lelaki warga asing terbabit juga tidak mempedulikan hukum-hakam agama apabila menggunakan minyak dan serbuk pengasih yang dihasilkan daripada bahan kotor dan menjijikkan termasuk yang menggunakan tujuh jenis najis serta uri kucing.

uri kucing

Uri Kucing

Taktik lelaki warga asing menggoda dan menundukkan wanita tempatan menggunakan amalan kotor itu dipercayai bukan sahaja membuatkan mangsa menjadi `lemah lutut’ apabila berhadapan pengguna ilmu berkenaan, malah menjadikan wanita terbabit ‘bodoh’ untuk tempoh lama jika tidak diubati dengan segera.

Sepanjang tempoh itu, lelaki warga asing terbabit berpeluang menjadi `raja’ kerana mangsa yang terkena ilmu pengasih akan menurut segala kemahuan mereka termasuk dimewahi dengan wang ringgit dan kebendaan. Lebih teruk lagi, wanita yang menjadi mangsa turut dijadikan sebagai tempat melampiaskan nafsu seks pengguna ilmu berkenaan.

Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Selangor, Mohamad Salim Santhiman yang mendedahkan perkara itu berkata bahawa akhir-akhir ini, semakin ramai rakyat tempatan khususnya golongan wanita, datang menemuinya untuk berubat akibat terkena ilmu sihir atau ilmu pengasih warga asing.

rawatan islam

Kata Mohamad Salim Santhiman, tidak kira sama ada gadis remaja atau pun wanita yang telah berusia, masing-masing memohon agar segera diubati kerana tidak tahan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh lelaki asing durjana untuk kepentingan mereka.

Menurut Mohamad Salim Santhiman lagi, apa yabg lebih mengejutkan ialah semakin ramai warga asing dari Bangladesh dipercayai mengamalkan ilmu hitam itu untuk menundukkan mangsa berbanding rakyat Indonesia yang sememangnya terkenal dengan amalan itu.

warga asing

Dari mana warga Bangladesh tersebut memperoleh minyak dan serbuk pengasih berkenaan tidak dapat dipastikan namun berdasarkan pengalaman Mohamad Salim mengubati mangsa, kebanyakannya mendakwa bahawa mereka terkena buatan lelaki warga Bangladesh.

Mengikut penerangan dari Mohamad Salim yang mempunyai pengalaman sebagai seorang pengamal perubatan tradisional selama hampir 17 tahun ini, antara tanda-tanda mangsa terkena ilmu sihir itu ialah perlakuan mereka seolah-olah sasau, selain sentiasa teringat dan akan menurut semua kemahuan warga asing terbabit.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengenakan minyak pengasih pada mangsa, antaranya adalah dengan mencalitkan minyak atau serbuk itu pada bahagian kening atau pada bibir. Selain itu, mangsa boleh terkena ilmu pengasih ini melalui makanan.

Minyak atau serbuk pengasih yang diperbuat daripada campuran akar buluh perindu biasanya memang mujarab untuk membuatkan seseorang tunduk pada kita. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada juga di kalangan pengamal perubatan tradisional yang menghasilkan ramuan pengasih daripada bahan-bahan terlarang dan menjurus kepada ilmu hitam.

pengasih buluh perindu

Sementara itu, seorang lagi pengamal perubatan tradisional iaitu Jamaluddin Munir yang menghasilkan minyak pengasih alam khusus sebagai penyeri, pemanis, pengasih sejagat dan penunduk, turut mengakui terdapat penggunaan ilmu hitam dalam menghasilkan minyak pengasih.

Menurut Jamaluddin Munir, campuran bahan kotor dan ilmu hitam dalam menghasilkan minyak dan serbuk pengasih itu, berupaya membuatkan seseorang melutut dan jatuh cinta dalam tempoh yang singkat malah tidak akan berlaku curang. Bagaimanapun, pengasih jenis ini biasanya tidak bertahan lama dan dipercayai hanya mampu bertahan selama 40 hari sahaja.

Jamaluddin Munir berkata bahawa beliau tidak menafikan kewujudan penggunaan ilmu hitam dalam menghasilkan minyak pengasih, malah ia memberi kesan yang cepat berbanding minyak pengasih daripada bahan suci dan ayat al-Quran. Namun, seperti yang telah dinyatakan, pemakaian ilmu hitam tidak akan berkekalan lama dan lambat laun pasti akan mendatangkan binasa.

Selain itu, Jamaluddin yang turut menghasilkan minyak pengasih berkata, minyak pengasih alam yang dihasilkannya hanya boleh digunakan untuk tujuan kebaikan dan tidak akan berkesan bagi mana-mana pihak yang mempunyai niat tidak baik.

Minyak pengasih alam ini diperbuat daripada gabungan buluh perindu, bunga keduduk putih dan bunga serai wangi. Selain bahan-bahan itu, minyak pengasih ini juga turut `diisi’ dengan doa Nabi Sulaiman dan doa Nabi Yusof.

bunga keduduk putih

Sesuai dengan namanya, khasiat minyak pengasih ini ialah untuk membuatkan orang kasih kepada kita. Namun kata Jamaluddin, beliau hanya menyediakannya untuk orang yang berniat baik seperti merapatkan hubungan antara suami isteri.

Selebihnya, minyak pengasih alam tidak akan berkesan kepada mereka yang sudah memasang niat jahat seperti yang dilakukan lelaki warga asing berkenaan.

Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, sumber berita di atas dipetik dari akhbar Harian Metro, Edisi 30-06-2007.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.