Vampire Menurut Cerita Rakyat Dunia Barat

Sebelum artikel ini ditulis, terdapat dua buah artikel yang telah dikeluarkan mengenai Vampire. Artikel-artikel tersebut masing-masing bertajuk Drakula “Vampire” Si Penghisap Darah dan Kelebihan Unik “Vampire” Dan Kelemahannya. Jika anda belum membaca artikel-artikel tersebut, anda boleh klik pada pautan ini untuk membaca artikel Drakula “Vampire” Si Penghisap Darah dan klik pada pautan ini untuk membaca artikel Kelebihan Unik “Vampire” Dan Kelemahannya.

drakula

Menurut cerita rakyat turun-temurun masyarakat barat, Vampire hidup dengan memakan darah mahkluk hidup yang lain, tidak kira sama ada mayat hidup (undead) atau orang yang masih hidup. Walaupun entiti yang dikatakan sebagai Vampire telah direkodkan dalam banyak kebudayaan, istilah “Vampire” tidak dipopularkan sehinggalah pada awal abad ke-18, selepas kemasukan kepercayaan tahyul terhadap Vampire ke Eropah Barat dari kawasan di mana legenda Vampire kerap berlaku, seperti Balkan dan Eropah Timur. Tahap peningkatan kepercayaan tahyul terhadap Vampire di Eropah membawa kepada histeria massa dan dalam beberapa kes mengakibatkan mayat betul-betul ditikam pada bahagian jantung dan terdapat orang-orang yang dituduh sebagai Vampire.

vampire

Lain tempat, lain pula namanya. Begitu juga halnya dengan Vampire. Di Greece, Vampire dikenali dengan nama yang berbeza iaitu Vrykolakas manakala Vampire disebut sebagai Strigoi di Romania. Di Malaysia pula, Vampire lebih dikenali sebagai Drakula namun tidak dapat dipastikan sama ada Drakula betul-betul wujud atau hanya sekadar mitos. Di dalam cerita rakyat asal mengenai Vampire, Vampire tidak dapat diusir dengan menggunakan salib. Rupa paras Vampire juga tidak seindah seperti yang digambarkan di dalam filem-filem Hollywood.

vampire

Vampire tidak boleh dibunuh oleh cahaya matahari dan tidak boleh dibunuh oleh tikaman kayu ke jantung tetapi hanya boleh dimusnahkan oleh pemotongan kepala atau dengan membakar mereka sampai mati. Walau bagaimanapun, di dalam cerita rakyat asal, Vampire mampu diusir dengan hanya menggunakan bawang putih, besi dan Vampire tidak boleh menyeberangi garis benih tumbuh-tumbuhan, garam, dan air yang mengalir.

vampire

Vampire muncul secara berbeza dalam cerita rakyat daripada hanya orang biasa dengan gigi taring yang boleh ditarik balik. Mengikut cerita rakyat, Vampire mempunyai kulit kemerah-merahan atau gelap, berbadan kembung, darah meleleh keluar melalui mulut dan mempunyai kuku dan rambut yang panjang. Bukan itu sahaja malah digambarkan bahawa mata mereka merah bersinar-sinar, gigi pula secara luar biasa sangat kuat, dan tubuh mereka berbau busuk seperti bangkai.

vampire

Menurut cerita rakyat juga, secara tradisinya Vampire tidur di dalam kubur masing-masing pada waktu siang dan hanya keluar memburu pada waktu malam. Pada mulanya mereka akan memakan darah seluruh ahli keluarga mereka dan apabila ia telah membunuh mereka semua, Vampire mula mencari makan dengan membunuh orang lain dalam masyarakat dan menularkan sumpahan kepada yang lain dan turut menukar mereka menjadi Vampire.

vampire

Di samping itu juga, cerita rakyat turut menyatakan bahawa Vampire mempunyai kuasa untuk beralih bentuk ke dalam pelbagai bentuk yang berbeza, termasuk haiwan dan juga kabus. Vampire juga boleh menyebarkan penyakit yang membunuh mangsa dan manjadikan mereka sebagai Vampire. Vampire mempunyai kekuatan dan ketangkasan yang hebat tetapi hanya cukup kuat untuk menguasai mangsanya dan Vampire juga dikatakan tidak pernah puas dari segi seksual.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here