Terperangkap Dalam Kubur, Si Anak Menyaksikan Seksa Kubur Ayahnya

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Kisah ini adalah berkenaan seorang anak yang selalu bersama dengan ayahnya walau ke mana sahaja dia pergi. Anak ini sangat menyayangi ayahnya itu. Ketika ayahnya yang merupakan seorang penjahat, meninggal dunia akibat ditembak mati, anak tersebut sangat sedih dan merasa kehilangan yang begitu mendalam.

Dek kerana berasa kesepian dan sedih di atas kehilangan ayahnya, anak itu memutuskan untuk menemani ayahnya yang sudah dibungkus dengan kain kafan dan terbujur kaku di dalam keranda. Malangnya, ketika berasa di dalam keranda bersama mayat ayahnya, dia telah terlelap dan anak itu terperangkap di dalam keranda. Malah, dia ikut terkubur hidup-hidup bersama ayahnya.

Keaadaan di dalam keranda sangat gelap-gelita. Satu-satunya yang memberinya cahaya dalam kegelapan keranda yang menyeramkan itu adalah pemetik api yang sebelum itu dia gunakan untuk menyalakan lilin.

Dengan bantuan pemetik api itu, anak kecil itu diperlihatkan sebuah kejadian yang sangat menakutkan di dalam keranda (alam kubur). Jasad ayahnya yang sejak tadi diam terbujur kaku, mulai dibangkitkan kembali dan mendapat seksaan dari sosok makhluk yang tidak kelihatan.

Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, itulah antara sebahagian dari sedutan cerita dari filem pendek karya sutradara terbaik Indonesia, Joko Anwar, yang berjudul Grave Torture. Filem ini merupakan sebahagian dari kompilasi 4 filem pendek bergenre horror di Asia yang bertajuk Silent Terror yang diterbitkan oleh YOMYOMF Network.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.