Tanda-Tanda Orang Yang Membela Toyol

Bercakap tentang toyol, ia bukanlah hal yang asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, toyol merupakan sejenis makhluk halus yang kemungkinannya dari golongan jin. Rupa bentuk dan identiti toyol dikatakan menyerupai kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil sesuai dengan identitinya yang menyerupai kanak-kanak. Jadi tidak hairanlah perlakuannya juga lebih kurang sama dengan kanak-kanak sebenar yang suka bermain.

Pada kebiasaanya, toyol ini dipelihara bagi tujuan mencuri. Lebih tepat lagi, toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan cara mudah iaitu dengan mencuri duit dan barang-barang berharga daripada jiran-tetangga. Toyol digunakan untuk tujuan mencuri kerana kelebihan toyol yang mampu menyelip ke dalam mana-mana bilik walaupun bilik itu berkunci. Soroklah wang tunai di mana-mana sahaja, nescaya toyol mampu mencari wang tersebut. Toyol juga didakwa mampu mencuri duit yang disorok di celah-celah kitab suci.

toyol

Untuk mendapatkan toyol, seseorang itu biasanya akan membeli atau melakukan pemujaan untuk mendapatkan toyol yang diidamkan. Secara umum, toyol yang dipelihara dipercayai mempunyai bentuk seperti seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Tiada ritual khusus yang diperlukan untuk memelihara toyol namun setiap pagi, pemilik toyol perlu memberi makan toyol dengan cara menyusuinya. Toyol akan disusui oleh isteri pemilik toyol dan jika pemiliknya merupakan seorang wanita maka wanita itu sendiri yang akan menyusuinya.

Untuk pengetahuan para pembaca kisahseram.com, selain susu toyol juga perlu diberi makan darah. Dipercayai bahawa pemilik toyol akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari atau pada setiap kali bulan mengambang. Dengar cerita, toyol akan menghisap darah melalui ibu jari kaki tuannya. Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini betul atau tidak. Sekiranya gagal dipenuhi, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. Toyol kononnya dipelihara dan disimpan dalam sebuah botol kecil.

toyol

Untuk lebih berhati-hati, berikut adalah tanda-tanda orang yang membela toyol yang wajib anda tahu!!

  1. Tidak mencuci tangan selepas makan kerana toyol akan menjilat tangannya selepas tidur.
  2. Kerap berjalan dengan kedua-dua tangan di belakang seperti mengendong sesuatu di belakang.
  3. Memiliki rumah yang dicat berwarna-warni kerana toyol sukakan rumah yang banyak warna.
  4. Salah satu bilik di rumahnya banyak ditaburkan dengan bunga-bungaan dan makanan.

Terdapat beberapa cara untuk mencegah toyol daripada masuk ke dalam rumah. Antaranya caranya disenarai di bawah:

  1. Jangan biarkan sisa makanan di pinggan tanpa dibuang dan dibasuh.
  2. Membela ikan puyu di rumah. Tujuannya supaya toyol leka bermain dengan binatang tersebut dan lupa akan tujuannya asalnya untuk mencuri duit.
  3. Tanam halia di pekarangan rumah.
  4. Buang gambar-gambar bernyawa dan patung-patung yang ada di dalam rumah.

ikan puyu

Selain ikan puyu yang dipelihara, ada beberapa petua lain boleh digunakan untuk melalaikan toyol. Salah-satunya ialah dengan meletakkan sejenis permainan berdekatan dengan wang yang disimpan. Dikatakan toyol akan leka bermain permainan itu sehingga ia terlupa untuk mencuri wang. Satu lagi petua yang popular dan selalu kita dengar ialah meletakkan kacang hijau, tidak pasti apa yang menarik sangat dengan kacang hijau ni bagi toyol tetapi ia boleh membuat toyol lalai dan toyol tersebut tidak akan berhasrat mencuri wang dari mangsanya akibat terlupa.

Walau bagaimanapun, cara yang terbaik bagi mencegah toyol daripada masuk ke dalam rumah adalah dengan berpegang teguh pada perintah Allah SWT kerana hanya dengan cara tersebut kita akan mendapat perlindungan sepenuhnya baik dari segi zahir atau batin. Jangankan toyol, bahkan sebarang makhluk halus tidak akan berani masuk ke dalam rumah seseorang yang sentiasa terisi dengan amal ibadah dan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.