Sinopsis dan Trailer Filem Seram Annabelle 2: Creation

Bagi peminat filem genre seram, nama Annabelle tentunya tidak asing lagi bagi anda. Jika anda belum kenal siapa itu Annabelle, Annabelle sebenarnya ialah sebuah anak patung klasik yang dihantui oleh roh jahat. Manakala Annabelle 2: Creation ialah prekuel kepada filem Annabelle yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Filem prekuel ini menceritakan tentang akar umbi kisah di sebalik patung Annabelle yang berhantu.

Filem prekuel Annabelle ini memfokuskan kepada seorang pembuat patung dan isterinya, di mana 20 tahun sebelumnya pasangan ini telah kehilangan anak perempuan mereka yang berusia 7 tahun ketika itu di dalam sebuah kemalangan jalan raya yang tragik. Pasangan ini kemudiannya mengalu-alukan kedatangan beberapa orang anak yatim dan seorang ibu penjaga ke rumah ladang mereka lalu memutuskan untuk menjadikan rumah ladang itu sebagai sebuah rumah perlindungan kerana rumah anak-anak yatim yang mereka duduki sebelum itu telah ditutup.

annabelle 2

Tidak lama selepas itu, kejadian-kejadian aneh mula menimpa mereka apabila salah seorang daripada anak-anak yatim tersebut menemui sebuah anak patung polos yang memakai gaun berwarna putih dan kelihatan seperti mempunyai nyawa ia sendiri. Seorang demi seorang, mereka yang berlindung di rumah itu menjadi target kepada Annabelle, anak patung yang dirasuk oleh roh jahat yang dicipta oleh pembuat patung tersebut.

annabelle 2

Di bawah ini adalah trailer-trailer dari filem Annabelle 2: Creation yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk. Jika anda ada masalah jantung, anda dilarang keras dari menonton filem ini. kanak-kanak juga dilarang menonton filem Annabelle 2 ini tanpa bimbingan ibu bapa.

Trailer #1 Filem Annabelle 2: Creation

Trailer #2 Filem Annabelle 2: Creation

Trailer #3 Filem Annabelle 2: Creation

Anda sudah menonton semua trailer-trailer di atas? Macam-mana, menarik tak? Untuk makluman semua pembaca setia kisahseram.com, filem prekuel Annabelle 2: Creation ini akan mula ditayang di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 10 Ogos ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

1 + 9 =