Siapa Yang Cuci Tandas Asrama Politeknik Kota Kinabalu Jam 3 Pagi?

Hai assalamualaikum semua pembaca kisahseram.com. Aku memang suka baca cerita yang ada kat dalam kisahseram.com ini, sebelum tidur selalu baca sebab bosan dan tidak dapat tidur. Okay, aku ini pelajar Politeknik Kota Kinabalu, dan sewaktu kejadian ini berlaku aku dalam semester kedua. Aku tinggal kat kamsis (BLOK C, CEMARA) sebab lagi senang untuk pergi ke kelas.

Ceritanya bermula macam ni, masa minggu peperiksaan yang lepas, aku ini memang jenis yang akan ‘stay up’ sampai subuh untuk mengulang kaji, dah terbiasa kot. Tapi sebelum ini aku belum pernah diganggu atau alami sendiri kisah yang seram. Masa ni aku satu je lagi ujian yang belum dijawab, jadi malam itu aku ulangkaji dengan kawan aku, dia dari blok sebelah. Dia ni memang jenis berani balik bilik dia walaupun dah tengah malam (dalam pukul 12 setengah hingga 1 setengah pagi biasanya), sebab dia selalu juga lepak hingga lewat malam dekat bilik aku sebelum ini.

kamsis c cemara

Okay, kami mula ulangkaji selepas jam 9 macam tu, mula-mula kami ulangkaji dalam bilik je tapi disebabkan tidak selesa sebab ada kawan sebilik aku dan terlalu banyak kertas, jadi kami ambil keputusan untuk ulangkaji dekat ruang legar. Ruang legar ini dekat luar bilik, pertengahan antara semua bilik dan tandas. Masa ulangkaji itu, kami rehat-rehat la juga, buat air nescafe, makan biskut apa semua tu. Selepas itu ada seorang kawan aku ajak ‘facetime’ sebab dia hendak terangkan tentang soalan yang aku tanya dekat dia, jadi kami pun ‘facetime’ la. Masa itu suasana sunyi je sebab ramai pelajar yang sudah balik rumah masing-masing sebab dah habis semua ujian. Aku dengan kawan aku sahaja yang ada dekat luang legar itu. Lepas kami habis ‘facetime’ semua, masa tu lebih kurang jam 3 setengah pagi, kami sambung lagi ulangkaji.

Tiba-tiba, dalam kesunyiam malam itu ada pula bunyi orang mencuci tandas. Kamu tahu bunyi penyapu kena sapu dekat lantai? Begitu lah bunyi itu, ia datang dari tandas aras dua. Disebabkan kami berdua betul-betul duduk dekat dengan tingkap jadi jelaslah terdengar bunyi itu. Bayangkan masa tu jam 3 setengah pagi? Siapa yang rajin sangat cuci tandas itu kan? Lagipun ramai pelajar yang dah balik kampung. Aku tanya pada kawan aku, dia dengar atau tidak apa yang aku dengar? Kawan aku dengan selamba cakap “Siapa pula yang rajin mencuci tandas malam-malam buta ni wei?” Aku dah seram sejuk masa tu, bayangkan macam mana naik semua bulu roma aku tengah dinihari tu, dah lah sejuk.

tandas asrama

Aku senyum sahaja dengan kawan aku, kemudian tanpa buang masa aku kemas kertas tu semua, kemas buku dan bawa semua harta benda aku masuk ke bilik. Aku ajak kawan aku tidur kat bilik aku je malam itu tapi dia tidak mahu dan terus cepat berlari pulang ke bilik dia kat blok sebelah. Sementara itu, bunyi orang mencuci tandas tu semakin kuat pula kedengaran. Lepas aku dah masuk ke bilik, aku terus tidur tanpa fikir apa pun tentang kejadian itu.

Sebelum ini aku ada juga ulangkaji kat ruang legar tu, tapi tidak pernah pula ada bunyi-bunyi yang aneh dan pelik macam itu. Itulah kali pertama aku dapat rasa pengalaman yang agak menyeramkan bagi aku. Aku tidak tahu lah siapa yang mencuci tandas jam 3 setengah pagi itu. Okay lah, sampai di sini sahaja cerita aku. Sekian, terima kasih.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

16 − = 11