Siapa Tetamu Yang Datang Memberi Salam Pada Waktu Maghrib?

Pernahkah anda mendengar cerita, ataupun mendengar sendiri suara yang memberi salam, namun apabila disahut dan dibukakan pintu, tiada kelibat manusia di muka pintu. Ini merupakan antara kisah seram yang satu ketika dahulu menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat Melayu.

Siapakah tetamu yang berkunjung lalu memberikan salam namun, apabila pintu dibuka bagi menyambut kedatangan mereka atau dia, tiada kelibat yang mampu dilihat oleh mata kasar milik manusia biasa. Tetamu maghrib ini merupakan tetamu yang hadir hanya memberi salam, sesudah itu tiada lagi suara yang menyusul mahu pun kelibat yang mampu dilihat.

tetamu maghrib

Kejadian ni biasanya berlaku di sekitar waktu maghrib, di mana ahli rumah yang dikunjungi oleh mereka sedang menunggu waktu solat maghrib. Suara yang diperdengarkan seolah-olah suara yang biasa didengari oleh mereka yang dikunjungi. Mereka hanya bertindak memberi salam sahaja, mungkin juga tindakan mereka hanya untuk mengingatkan waktu solat maghrib. Namun begitu, terdapat juga beberapa kejadian yang turut dialami oleh mereka yang tertentu.

Mereka menyatakan bahawa tetamu maghrib ini bukanlah hanya berkunjung pada waktu maghrib sahaja, tetapi turut berkunjung pada malam hari, iaitu pada waktu tengah malam. Mereka yang mengalami kejadian ini menyatakan bahawa mereka mendengar dengan jelas terdapat satu suara yang memberi salam, namun apabila disambut salam tersebut, dan kemudian dibukakan pintu, tiada manusia yang kelihatan. Yang menjadi kemusykilannya adalah, salam yang diberian mampu didengari oleh seluruh ahli keluarga yang berada dirumah.

tetamu maghrib

Justeru, hal ini jelas membuktikan bahawa tidak mungkin mereka berhalusinasi secara serentak, bahkan suara yang diperdengarkan juga mampu dikenali oleh mereka dengan mengklasifikasikan bahawa suara tersebut dimiliki oleh orang yang sama.

Kejadian ini telah menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung yang lain, yang ketika itu tidak mengalami kejadian aneh tersebut. Ada yang berpendapat bahawa rumah yang menerima kejadian itu sebenarnya menerima kunjungan daripada golongon makhluk ghaib yang dikenali sebagai bunian.

ketuk pintu

Mereka juga menyatakan bahawa di dunia ini bukanlah hanya didiami oleh manusia, binatang, mahupun tumbuhan semata-mata, tetapi terdapat juga kehidupan yang lain yang tidak mampu dilihat melalui mata kasar. Bagaimanapun, andaian demi andaian yang diutarakan oleh mereka, tidak semestinya tepat. Terpulang kepada kita mahu mempercayainya ataupun sebaliknya.

Akhir kata, kisahseram.com ingin menasihatkan seandainya anda dikunjungi oleh tetamu, pastikan tunggu salam yang dihulurkan diulang lebih daripada sekali. Kemudian barulah disambut dan dibukakan pintu, takut ada yang memberi salam, namun kelibat tidak kelihatan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.