SERAM!! Tidur Bersama Mayat Bawah Katil Hotel

Di dalam artikel ini, kisahseram.com akan menceritakan kembali mengenai pengalaman seram dua orang pelancong yang bermalam bersama dengan mayat yang disembunyikan di bawah katil di dalam bilik hotel. Kisah ini pernah disiarkan di dada-dada akhbar sekitar bulan Ogos tahun 2016. Di bawah ini merupakan petikan artikel yang pernah disiarkan di dalam mStar online yang menceritakan mengenai kejadian yang berlaku.

Sepasang pelancong yang mendaftar masuk sebagai tetamu hotel di sebuah hotel di tepi laut di Pattaya, Thailand secara tidak sengaja merasai pengalaman bermalam di sebuah bilik dengan mayat yang disembunyikan di bawah katil. Keseronokan dua pelancong tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri apabila menyedari rupa-rupanya mereka telah bermalam bersama mayat.

Kedua-dua mereka dilaporkan langsung tidak menyedari bahawa mayat itu tersembunyi di bawah katil tempat mereka tidur. Namun begitu, mereka sempat mengadu kepada pihak mengurusan hotel mengenai bau busuk di dalam bilik tetapi tetap tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

mayat bawah katil

Dua anggota pihak berkuasa menunjukkan mayat yang disembunyikan di bawah katil di sebuah bilik hotel

Keesokkan harinya, tukang cuci yang membersihkan bilik tersebut turut terhidu bau busuk yang dikatakan oleh dua orang pelancong yang menjadi tetamu bilik itu. Kemudiannya tukang cuci itu menemui kesan darah pada katil. Hairan dengan bau busuk dan kesan darah berkenaan, satu pemeriksaan dijalankan dan satu mayat seorang wanita transgender ditemui di sebalik rangka katil.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Kropphet mengesahkan tentang penemuan mayat tersebut. Menurut Kropphet, mayat itu ditemui oleh tukang cuci tetapi hanya selepas dua pengunjung hotel tidur di bilik berkenaan selama satu malam. Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Amphon Kongsong berusia 28 tahun.

mangsa

Mangsa (gambar kiri), Amphon Kongsong berusia 28 tahun

Menurut laporan Bangkok Post, dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan kerana didakwa membunuh wanita itu. Kropphet berkata, suspek yang berusia 17 tahun mengenali Amphone menerusi laman sosial Facebook dan kemudiannya memujuk untuk mencari pekerjaan untuk mangsa di Pattaya.

Difahamkan, suspek bersama mangsa dan seorang lagi rakan subahat berusia 14 tahun menginap di hotel berkenaan selama beberapa hari sebelum penemuan mayat itu. Hasil daripada siasatan polis, mangsa dipercayai dibunuh akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.