SERAM!! Pengalaman 5 Hari Diganggu Di Rumah Sewa

Artikel ini adalah hasil perkongsian pengalaman seram dari salah seorang pengguna laman sosial bernama Iskandar Zaidi. Beliau ni adalah pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech, Kedah. Jadi admin rasa rumah sewa dia pun dekat-dekat kawasan situ jugak la.

Ini cerita beliau; Aku nak cerita sikit la pasal rumah sewa kami. Kami baru kena ganggu dalam masa 5 hari ni. Ini kawasan depan rumah kami. Di depan tu adalah kebun Rockmelon. Dalam kebun tu ada pekerja bangla, siap ada dengan pondok apa semua.

depan rumah

Kawasan depan rumah

Mulanya pada hari khamis malam jumaat minggu lepas. Pekerja bangla kat dalam kebun tu keluar. Masa tu aku baru balik dari kedai. Selepas aku parking kereta apa semua, kemudian dia keluar. Dia cakap kat aku, “Sana tak boleh tidur, hantu kacau”.

Aku tak sedap hati dah. Pastu kami semua nak keluar pergi KPJ Penang nak melawat kawan. Masa tu dah pukul 11.30 malam. Sampai KPJ lebih kurang pukul 12.30 pagi. Selepas habis melawat semua tu, kami pergi makan nasi ketapang kat Butterworth. Lepak punya lepak, kami sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi macam tu la.

Kemudian kitorang cadang nak letak kamera gopro kat dapur sebab nak tengok apa yang berlaku. Sebelum ni memang ada yang kena kacau tapi tak teruk macam ni. Cuma sorang-sorang je. Kali ini dia datang kacau berjemaah.

Dah setup gopro apa semua. Kitorang pun tidur. Masa tu aku tak tidur lagi sebab duk scroll instagram. Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi pinggan pecah. Aku ingatkan kawan duk tengok movie, jadi aku buat tak tau saja la.

Masa tu kami ada 7 orang dalam rumah. 3 dah tidur, tinggal 4 orang yang masih berjaga. Tiba-tiba kawan aku dari bilik sebelah telefon aku suruh pergi ke bilik dia. Aku pun masuk la. Dia terus tanya “Ada dengar bunyi pinggan pecah?”

pinggan pecah

Aku cakap ada sebab aku ingatkan diorang tapi rupa-rupanya bukan. Sambil-sambil duk sembang dengan kawan aku tu, tiba-tiba, “Tuk tuk tuk”. Dia ketuk pintu pulak. Kami abaikan saja bunyi ketukan itu. Semakin lama semakin kuat bunyi ketukan kat pintu, pastu berhenti.

Pastu dia baling kaca lagi. Kalau korang dengar kaca pecah tu, macam berkecai teruk. Macam banyak gila kaca tu. Tak tunggu lama, kami pun lari masuk bilik aku. Bermula dalam bilik aku tu, kitorang dengar macam bunyi harimau mengaum dalam rumah sebanyak 3 kali diikuti dengan ketukan pintu macam nak pecah pintu belakang.

Semua bunyi tadi datang dari arah belakang. Kami baca ayat-ayat suci yang kami ingat. Redalah sekejap gangguan-gangguan tadi. Tapi tak lama kemudian, kami dengar lagi bunyi harimau tadi.

Aku kejut semua kawan serumah aku dan kami semua berkumpul dalam bilik depan. Masa itu jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Lepas itu tak kacau dah. Lepas subuh kami semua tidur. Gila semalaman tak tidur oii. Letih gila rasa badan.

Itu hari pertama kena. Esoknya hari jumaat aku ajak semua kawan yang mana rapat tu datang tidur kat rumah kami. Sebab takut jugak la. Gila tak seram!!

Masuk hari yang kedua, disebabkan ramai yang ada dalam rumah, jadi dia cuma kacau yang mana duk dalam bilik ja. Ketuk-ketuk macam tu ja, manja-manja je lah. Gangguan dia dalam skala kecil je, tak besar. Hahaha, duk gelak-gelak lagi masa tu.

Hari kedua pun sama. Mungkin sebab ramai kan, kan Kedah cuti Jumaat dan Sabtu. Jadi ramai la yang menapak kat rumah aku ni. Masuk hari keempat (Ahad), yang ini paling teruk. Paling gila lah ni. Dia menangis, gelak, baling kaca dan juga main air. Dia dah pandai flush tandas. Siram air, semuanya datang dari bilik air belakang.

Oh lupa, sebelum kena yang teruk ini kami ada bersihkan rumah pastu buat bacaan Yassin beramai-ramai. Sekali pakej dengan azan di dalam setiap bilik. Lepas buat semua tu la, dia perform habis-habisan. Pada hari keempat tu juga disebabkan ada kelas jadi rumah kami hanya tinggal 7 orang.

Sunyi dan suram je rasa. Yang malam keempat itu la kaw-kaw kami dikacau sampai rasa nak demam. Kejap panas kejap sejuk badan ni. Bunyi dia menangis itu, Ya Allah, bergema dalam satu rumah ni.

Dia gelak pun sama, bergema dalam rumah ni. Padahal biasa kitorang bersembang tak bergema pun. Cara dia menangis tu, macam minta pertolongan. Sedih pun ada dengar dia menangis tu. Bunyi-bunyi tu bertahan sampailah pukul 5 pagi. Selepas itu, dia diam.

Disebabkan gangguan demi gangguan, budak bilik depan tu sampai lari masuk tidur kat dalam bilik aku. Kerana tak tahan, semua tak tidur. Padahal esok ada kelas pagi. Masuk kelas pagi esoknya tu, Ya Allah tak laratnya. Mengantuknya!

Rasa nak marah, emosi tak stabil semua ada sebab tak cukup tidur. Balik dari kelas lepas Zohor, memang senyap-sunyi rumah ni. Semua tidur dengan aman.

Oleh kerana Sultan Kedah mangkat hari ini, jadi kami tidak ada kelas lah sebelah petang tu. Jadi semalam semua lepak kat rumah aku. Ada 11 orang semua sekali. Semalam paling dia berani la. Sebab masa dia kacau tu, semua orang boleh dengar.

Tidak kira yang mana kuat, yang mana tak kuat tu semua dengar. Menggigil-gigil semua. Di bawah ini adalah video suara dia menangis. Ini pun kira sedikit yang dia menangis tu. Kalau tak kuat, jangan dengar ye.

Dengar suara dia menangis tu. Ya Allah, yang mana jantan ni pun cuak. Sampai situ saja lah gangguan buat sementara ni. Malam ini tak tahu lah macam mana.

Kami ada panggil ustaz. Malam ni dia datang. Kadang-kadang tu rasa tertekan jugakla dengan benda tu, dengan kawan-kawan lagi yang tak percaya dengan apa yang kami lalui ni.

Akhirnya, semalam naahhh. Semua orang percaya, semua dah tahu kenapa selalu kami bad mood bila pagi-pagi pergi kelas. Jangan duk melawak dengan kami pagi-pagi. Hahahahaha!! Nanti kalau ada apa-apa cerita lagi aku update.

Kredit kepada Iskandar Zaidi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.