Rupa Anak Biri-Biri Mirip Manusia

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Seekor biri-biri betina melahirkan seekor anak biri-biri yang berwajah seperti manusia. Biri-biri betina itu melahirkan seekor anak biri-biri yang telah mati dengan muka yang betul-betul mirip seperti manusia. Anak biri-biri itu dilahirkan di sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari bandar Izmir, Turki.

Dilaporkan daripada beberapa buah akhbar, seorang doktor haiwan bernama Erhan Elibol, yang melakukan pembedahan caesarean pada haiwan tersebut untuk mengeluarkan anaknya, tetapi terkejut apabila melihat rupa anak biri-biri tersebut memiliki wajah yang sangat menyerupai manusia. Anak biri-biri itu mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

Elibol menyatakan bahawa beliau pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima. “Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” kata doktor veterinar yang berusia 29 tahun itu.

Ramai pakar haiwan menganggap kejadian anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A. Menurut doktor haiwan itu, ibu biri-biri tersebut mengalami komplikasi dan tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan perlu dilakukan.

anak biri

Beberapa tahun yang lepas, kejadian yang hampir sama pernah berlaku apabila seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya yang mirip dengan manusia dan bertahan hidup selama beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan bahawa kejadian tersebut mungkin berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. Sumber berita dipetik dari sebuah tabloid tempatan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.