Rakan Serumah

Pada suatu hujung minggu, aku baru balik dari kelas. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib. Sampai je ke rumah sewa aku tengok rumah dah gelap, lampu bahagian bawah je menyala. Semua balik lah tu.

Baru sebulan aku duduk menyewa kat rumah sewa tu bersama-sama dengan 5 orang lagi kawan aku. Memang selalunya pada hujung minggu macam ni semua balik ke rumah mak ayah masing-masing. Jadi, tinggallah aku sorang-sorang je.

Aku pula memang tak balik kalau setakat cuti hujung minggu je sebab kampung aku jauh. Aku balik kampung masa cuti panjang je la. Barulah syok boleh lepak lama-lama kat kampung.

Rakan Serumah

Ok sambung balik cerita pasal rumah sewa aku tadi. Masuk je kat ruang tamu, aku nampak sorang kawan aku, Man tengah terbaring depan TV. “Tak balik ke budak ni?” bisik aku dalam hati.

Aku : ” Ko tak balik ke Man ?”
Man : ” Satgi…”
Aku : ” Cun arr.. kejap lagi kita keluar makan.. motor aku rosak..”
Man : ” emmm…”

Aku pun naik ke tingkat atas untuk mandi dan kemudian solat. Tiba-tiba awek aku telefon. Aku pun layan awek aku kat tingkap. Sejuk sikit. Tengah seronok bergayut kat telefon, aku terdengar bunyi pintu grill kat bawah ada orang bukak. Mesti Man ni. Aku dah cakap nak keluar sekali.

Aku : ” Man.. ko nak gi mana?”
Man : ” Makan..”
Aku : ” Woi.. tunggu aku..”
Man : ” emmm…”

Rakan Serumah

Aku pun tamatkan perbualan ngan awek aku tu. Kelam kabut aku turun. Sampai kat luar sunyi sepi. Cilaka Man.. Ko boleh tinggal aku!! Aku cuba telefon dia tapi line tak masuk.

Adalah dalam 2-3 kali aku cuba hubungi Man tapi tak dapat-dapat, aku pun panas. Aku terus jalan kaki jer pergi ke kedai makan siam kat taman sebelah.

Balik rumah sewa aku tumpang kawan. Sampai je kat rumah, tengok-tengok pintu sliding kena kunci. Haa sudah.. Aku mana ada kunci. Dalam hati aku duk menyumpah Man.

Aku pergi duduk luar pagar rumah, lepas tu aku telefon Man. Kali ni line masuk.

Aku : ” Woi Man, haram jadah tul!! Ko kat mana ni?”
Man : ” Apehal lak ko ni?”
Aku : ” Dah laa ko tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Janji nak keluar makan sekali. Pastu ko kunci pulak pintu sliding. Aku mana ada kunci!!”
Man : ” Wooo.. aku balik rumah pagi tadi lagi. Lepas kelas. Ko jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci. Tuan rumah kata hilang.”

Aku terdiam seribu bahasa. Habis kalau Man balik pagi tadi, dengan siapa pulak aku bercakap? Baru aku teringat yang aku tak nampak betul-betul pun muka Man depan TV tadi. Waktu aku cakap dari tingkat atas tadi pun bunyi suara je.

Rakan Serumah

Aku tengok rumah sewa aku. Gelap gelita. Kemudian aku perasan satu benda pelik. Semua tingkap rumah terbuka. Tingkap bilik atas, tingkap ruang tamu, dan yang paling bestnya, pintu sliding pun terbuka jugak.

Aku pun apa lagi, takkan aku nak terus tercongok kat situ. Tanpa membuang masa, terus aku membuka langkah lari pergi ke rumah sewa kawan aku yang terletak cuma selang 5-6 buah rumah dari rumah sewa aku.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

4 + 6 =