Pontianak Berlegar Sekeliling Kereta Di Jalan Lama Lenggong Perak

Saya nak menceritakan mengenai kisah seram yang pernah terjadi kepada ayah saya sendiri. Kisah ini berlaku di jalan lama Lenggong, Perak. Semasa kejadian itu berlaku, saya masih berada di dalam kandungan arwah ibu saya lagi. Hanya apabila umur saya semakin meningkat dari tahun demi tahun, barulah ayah saya yang mempunyai 5 orang anak ini menceritakan mengenai kisah seram yang berlaku kepadanya di jalan lama Lenggong itu.

Kejadian seram ini berlaku pada tahun 1993. Ketika itu waktu malam, kami sekeluarga dari rumah pakcik saya di Lenggong ingin pulang ke rumah kami yang terletak di Batu Gajah, Perak kalau tidak silap saya pada waktu itu. Saya tidak berapa pasti, sebab saya belum dilahirkan pun lagi ketika itu. Sebelum pulang dari rumah abang kepada ayah saya di Lenggong itu, pakcik saya telah menasihati kepada ayah saya agar tidak membuka tingkap kereta ketika lalu di jalan lama Lenggong itu.

jalan gelap

Bagaimanapun, ayah saya tidak berapa mengendahkan nasihat yang disampaikan oleh abangnya itu, kerana ayah kepada 5 anak ini sudah melalui banyak pengalaman misteri katanya. Dipendekkan cerita, sewaktu ayah saya lalu di kawasan jalan lama tersebut, dia telah diganggu oleh seekor pontianak atau pun langsuir kalau tidak silap. Cara pontianak itu muncul adalah dengan berterbangan di sekeliling kereta yang dinaiki oleh anggota keluarga saya .

Ketika itu hanya ketua kepada ahli keluarga saya, iaitu ayah saya seorang saja yang sedar akan perkara tersebut. Angggota keluar yang lain iaitu Along, Angah, abang saya seorang lagi dan kakak atas saya, termasuk arwah ibu saya semuanya sedang enak dibuai mimpi ketika kejadian itu berlaku. Ini termasuklah saya yang juga tidak nampak apa-apa ketika itu kerana saya masih berada di dalam perut arwah ibu saya.

pontianak terbang

Pontianak tu masih berkeliaran di sekeliling kereta walaupun ayah kepada 5 anak ini telah membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pada waktu yang sama ayah saya masih meneruskan perjalanan sambil berdoa agar kami semua selamat dari ditimpa sebarang malapetaka dan supaya ‘benda’ itu pergi dari terus menggangu ayah saya yang tengah memandu kereta. Disebabkan kekuatan dalam diri ayah kepada 5 orang anak ini, dia terus memandu dan tidak mengejutkan ahli keluarga kami yang lain. Dia menempuhi perkara tu seorang diri dengan tabah.

Setelah sampai di lebuhraya baru lah pontianak itu berhenti dari terus mengikut kereta kami dan tidak dapat dikesan ke arah mana ia pergi. Selepas kejadian yang dialami oleh ayah kepada 5 orang anak ini di jalan lama Lenggong, barulah dia teringat akan nasihat yang telah disampaikan oleh abangnya sebelum ayah saya memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah yang terletak di Batu Gajah, Perak.

Untuk pengetahuan semua pembaca kisahseram.com, kisah ini telah disunting semula dari pengalaman @Faez dari team Facebook Wujud (Paranormal Team).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.