Pesta Hantu Lapar Untuk Roh Yang Tidak Tenang

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Perayaan hantu merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh orang Cina di seluruh dunia. Menurut kepercayaan tradisional mereka, Perayaan Hantu ini jatuh pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar yang mana dipercayai roh-roh yang tidak tenang akan berkeliaran di dunia. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, mereka akan berusaha untuk menenangkan hantu-hantu ini dengan memberi ‘makan’ kepada nenek moyang mereka terutamanya pada hari ke-15 atau dipanggil Yu Lan yang merupakan sambutan Pesta Hantu Lapar

pesta

Pesta Hantu Lapar ini dikatakan berkait rapat dengan ritual atau amalan memuja nenek moyang oleh orang Cina. Semasa pesta ini berlangsung, orang-orang Cina ini akan keluar ke jalan-jalan raya untuk membakar wang palsu dan pemberian lainnya sebagai simbolik kepada hantu-hantu dan nenek moyang mereka untuk kegunaan di alam selepas mati. Dalam pesta ini juga, mereka akan turut menyediakan pelbagai jenis makanan untuk dipersembahkan kepada hantu-hantu yang kelaparan.

duit

image

Biasanya, dalam Pesta hantu Lapar ini, orang Cina akan mengadakan persembahan Opera Cina di sekitar bandar untuk memuji kerja amal dan amalan yang dilakukan oleh para dewa dalam kepercayaan mereka. Ada juga sesetengah masyarakat Cina yang akan menganjurkan perayaan mereka sendiri misalnya, komuniti Chiu Chow Hong Kong yang berasal dari wilayah Guandong yang mana mereka akan mengadakan Pesta Yu Lan yang telah dilaksanakan sejak 100 tahun yang lalu.

opera

Dalam pesta ini, komuniti Chiu Chow akan memberikan hasil korban kepada nenek moyang mereka dan hantu-hantu yang dipercayai berkeliaran di kawasan tempat tinggal mereka. Ketika pesta ini berlangsung, ramai masyarakat Chiu Chow akan memenuhi taman-taman dan padang serta tempat lapang yang lain. Mereka juga akan membakar colok, kertas sembahyang dan memberi makanan percuma serta mengadakan persembahan Opera Cina secara langsung untuk hantu-hantu yang dahagakan hiburan seperti mana ketika hayat mereka masih ada.

colok

kertas

Di Malaysia, upacara Pesta Hantu sebegini turut diadakan namun telah dimodenkan dengan persembahan seakan-akan konsert dan agak berbeza dengan Pesta Hantu di negara lain. Biasanya, di Malaysia, pertunjukkan pentas ini dikenali sebagai ‘Koh-tai’ yang dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari dan penghibur lain di atas pentas sementara yang didirikan oleh mereka. Pesta-pesta ini diadakan khas untuk menenangkan hantu-hantu dan roh-roh orang mati yang tidak mendapat ketenangan agar hantu-hantu ini tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh menganggu kehidupan mereka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.