Penyebab, Tanda-Tanda Dan Cara Mengelak Dari Dicintai Jin

Tahukah anda bahawa terdapat jin yang mencintai manusia? Artikel sebelum ini telah mengupas mengenai tanda-tanda seorang wanita yang dicintai oleh jin jantan. Jika anda belum membaca artikel tersebut, anda boleh klik pada pautan ini untuk membaca 10 Tanda Wanita Dicintai Oleh Jin Jantan.

Apakah yang menyebabkan terjadinya hal ini, apa tanda-tandanya dan bagaimana cara untuk mengatasinya? Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Jin kadang-kala mencintai manusia seperti lazimnya manusia sesama manusia, lelaki mencintai wanita, wanita mencintai lelaki dan timbul kecemburuan yang kerananya berbuat sesuatu”, (an-Nubuwwat, 399). Di antara penyebab jin mencintai dan bahkan mengganggu manusia kerana beberapa perkara.

Penyebab utama jin mencintai manusia adalah kerana seorang manusia itu berpaling dari Allah SWT. “(Barang siapa yang berpaling) yaitu memalingkan diri (dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah) dari Al-Quran (Kami adakan) Kami jadikan (baginya syaitan, maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya) yakni tidak pernah berpisah darinya.” (Surah az-Zukhruf: ayat 36)

jin

Penyebab kedua mengapa jin mencintai manusia adalah kerana banyaknya syubhat dan syahwat dalam diri manusia tersebut. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Sesungguhnya banyaknya bisikan kejahatan syaitan tergantung kepada banyaknya syubhat dan syahwat dan terikatnya hati manusia dengan apa yang dicintainya yang mendorong hati manusia untuk mencarinya”.

Penyebab yang ketiga adalah sebagai satu bentuk ujian terhadap muslimin atau pun muslimah. Allah memiliki hikmah dalam perkara yang Dia takdirkan dan tentukan ke atas seorang hamba yang soleh berupa pengaruh jin kepadanya, sebagaimana pengaruh syaitan kepada Nabi Allah Ayyub AS.

Dari pelbagai sumber didapati beberapa ciri-ciri seseorang yang dicintai oleh jin adalah seperti berikut:

  1. Sering mimpi basah tanpa sebab, iaitu mimpi berhubungan badan, biasanya berlangsung berulang-ulang dan setelah selesai mimpi terasa lemas, letih dan penat.
  2. Sewaktu hendak tidur merasa ada bayangan orang tidur atau berbaring di sampingnya.
  3. Enggan untuk menikah atau sulit mendapatkan jodoh kerana jin tersebut menghalang-halangi agar tidak bertemu jodoh.
  4. Tidak tertarik pada lawan jenis.
  5. Jika pun sudah menikah, maka tidak akan merasakan nyaman saat bermesraan dengan pasangannya.
  6. Tidak ada keinginan berhubungan secara alami dengan pasangannya, biasanya kerana keterpaksaan belaka.
  7. Setelah berhubungan badan dengan pasangan suami atau isterinya justeru merasa sedih, sempit dadanya dan kehilangan ghairah.
  8. Dorongan yang kuat untuk melakukan masturbasi atau onani.
  9. Tertarik melihat tubuh badan sendiri di hadapan cermin terutamanya tanpa dalam keadaan telanjang seurat benang.
  10. Kadang-kadang timbul tanda lebam di kawasan tubuh kita padahal kita tidak melakukan apa-apa aktiviti yang mungkin membuat kita menjadi lebam.

lebam

Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada dicintai dan didampingi oleh jin? Pertama sekali, mulakan dari benda-benda kecil seperti sentiasa membaca bismallah ketika membuka baju, membaca bismallah dan membersihkan tempat tidur ketika hendak tidur pada malam hari, sentiasa berzikir pada waktu pagi dan petang agar mendapat penjagaan dan dilindungi Allah, memasuki bilik air dengan mendahulukan kaki kiri, beristinjak dengan menggunakan tangan kiri, makan dengan tangan kanan, menutup mulut semasa menguap, dan yang paling penting tentunya memperbanyakkan amalan ibadah yang mendekatkan diri pada Allah SWT.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.