Penunggu Tasik Banding Tumpang Kereta

Pengalaman seram yang saya sekeluarga alami ini berlaku ketika balik ke Kulim dari melawat ayah saya yang kemalangan di kampung halaman saya di Kelantan iaitu kira-kira lima tahun yang lepas. Pada hari kami bertolak balik dari rumah ayah saya ketika itu sudah agak lewat, iaitu selepas kami menunaikan solat asar. Waktu pun sudah hampir jam 7 petang dah pada masa tu.

Selepas beberapa jam dalam perjalanan, kami berhenti seketika di Hentian Rehat Titiwangsa. Sampai di situ, jam dah menunjukkan pukul 10 lebih. Bagi sesiapa yang pernah melalui Lebuhraya Timur-Barat pada waktu malam akan tahu bahawa jalan tersebut sangat sunyi dan gelap. Jauh berbeza dengan keadaan Lebuhraya PLUS. Selepas minum dan merehatkan badan seketika, kami meneruskan perjalanan kami ke utara.

lebuhraya gelap

Tidak lama selepas melalui kawasan Tasik Banding, suami meminta anak lelaki saya pula yang memandu kereta kerana dia mengantuk. Saya berada di tempat duduk tengah bersama dua org anak perempuan. Di tempat duduk belakang pula ada seorang lagi anak perempuan saya. Dia duduk belakang tu seorang saja kerana dari awal lagi dia sudah memberitahu kami yang dia nak duduk sorang-sorang je, nak tidur katanya.

tasik banding

Suami saya pula apabila sudah bertukar tempat dengan pemandu terus terlena siap dengan pakej berdengkur sekali. Krohh, krohh, krohh. Saya yang dari dulu lagi sememangnya tidak boleh nak tidur dalam kenderaan perasan bahawa anak lelaki saya memandu kereta macam terhuyung-hayang. Sekejap laju, sekejap perlahan. Pastu sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Risau juga saya masa tu tapi saya hanya terfikir mungkin anak lelaki saya itu mengantuk.

Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang kami. Kereta di belakang tersebut asyik memberi isyarat seolah-olah nak memotong kami tetapi sampai ke sudah tidak potong-potong juga. Akhirnya kereta itu semakin jauh ketinggalan di belakang kami. Lebih kurang pukul satu pagi, akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Keesokan harinya barulah si anak lelaki saya membuka cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku malam tadi.

Menurut anak lelaki saya, ada ‘benda’ yang menumpang kereta kami dan kereta menjadi terhuyung-hayang kerana dia asyik memandang ‘benda’ itu melalui cermin pandang belakang. Makhluk itu berbalut seperti mayat, serba putih dan duduk di tempat duduk belakang bersebelahan dengan anak perempuan saya yang duduk seorang itu. Rupa-rupanya bukan hanya anak lelaki saya seorang yang nampak, tetapi anak perempuan yang duduk bersama saya juga turut nampak mahkluk tersebut.

hantu tumpang kereta

Anak perempuan saya yang duduk kat tempat duduk tengah bersama-sama saya juga nampak makhluk serba putih itu, tapi katanya ingatkan dia mamai. Patutlah semasa dalam kereta malam tadi dia ada berkata, ” Eh, rasanya tadi adik pakai tudung hitam. Bila masa pulak dia tukar tudung putih?”. Apabila kami menceritakan perihal perkara ini kepada suami saya, dengan selamba dia berkata, “Dia nak tumpang la tu, tertinggal bas agaknya”. Sejak peristiwa itu, saya seakan-fobia fobia untuk berjalan pada waktu malam.

Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, kisah seram di atas dipetik dari tulisan Puan Kamsiah Yusoff.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

27 + = 37