Misteri Penunggu Perigi Buta

Pada suatu ketika dahulu, hiduplah seorang lelaki yang sederhana di sebuah kampung, bernama Nizamudin. Dia mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun begitu, sang isteri mempunyai perangai yang buruk iaitu suka membebel dan teramat cerewet sekali. Selain itu, isteri Nizamudin juga suka mengumpat dan mengata tentang keburukan orang lain.

Bukan itu sahaja, malah dia juga suka bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga orang yang mendengarnya. Disebabkan itu, jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya.

hantu perigi

Sebenarnya, Nizamudin sangat menyayangi isterinya itu, tetapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Nizamudin supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Nizamudin pun termakan kata-kata jiran tetangganya. Beliau berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi ini.

Suatu hari Nizamudin mengajak isterinya berjalan-jalan sambil mencari buah-buahan di tengah hutan. Ketika berada di hutan tersebut, Nizamudin melihat sebuah perigi buta yang sudah tidak digunakan lagi.

hantu

Maka dia pun berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar yang tumbuh berdekatan dengan perigi itu. Lantas dengan pantas Nizamudin menolak isterinya itu masuk ke dalam perigi.

Sepuluh minit pertama Nizamudin merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

wanita hantu

Sepuluh minit kedua, Nizamudin mulai merasa sepi kerana tidak biasa dengan kesunyian. Akhirnya pada sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Nizamudin kembali semula ke perigi buta tersebut.

Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya supaya naik. Namun alangkah terkejutnya Nizamudin ketika yang naik bukanlah isterinya tetapi makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

hantu berbulu

Nizamudin lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??” Lantas makhluk itu pun dengan wajah yang menyampah menjawab, “Aku stress la, di bawah tu ada manusia. Dah la bercakap kuat, cerewet pulak tu! Aku dah tak tahan, sebab tu lah aku naik.”

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

69 − = 59