PENGALAMAN SERAM DI KEM BERHAMPIRAN PUTRAJAYA

Beberapa bulan yang lepas kelas aku mengadakan satu kem yang perlu dihadiri oleh semua orang. Kem yang dimaksudkan terletak di Putrajaya iaitu bersebelahan dengan Perkampungan Orang Asli.

Pemandangan di kawasan kem ini cukup cantik ditambah lagi lokasinya berdekatan dengan tasik. Sampai saja di lokasi kami terus check in bilik dan mengambil keputusan untuk mandi. Semua berebut untuk mandi dulu, jadi aku terpaksa menunggu agak lama untuk sampai giliran aku.

Tibanya giliran aku, aku terus masuk dan waktu itu aku dapat rasakan bulu romaku terus meremang sebaik saja aku melangkahkan kaki ke bilik air tersebut. Disebabkan aku ada kelebihan boleh melihat makhluk halus, aku abaikan saja perasaan itu.

hantu

Namun tidak lama setelah itu, entah bagaimana aku tergerak untuk memandang tingkap yang terletak di sebelah cermin. Dalam kegelapan senja itu, aku dapat melihat seperti ada sepasang mata berwarna merah saga sedang melihat ke arah aku. Semakin lama aku melihatnya, semakin jelas wajah lembaga itu. Makin lama aku pandang, makhluk itu mula mendekat dan dapat aku hidu baunya yang busuk bagaikan bangkai.

Dalam ketakutan itu, sempat lagi aku mencuci muka dengan facial foam dan cepat-cepat aku membuka pintu bilik air, semasa pintu terbuka itu aku terdengar suara orang ketawa datang dari arah tingkap tadi.

Dalam pada itu, kawan-kawan aku terkejut apabila melihat aku mandi tanpa menutup pintu. Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan memakai baju untuk solat maghrib. Setelah selesai solat, kawan-akawan aku mula bertanya kenapa akumandi tanpa menutup pintu tadi. Aku pun ceritalah dekat mereka apa yang terjadi dan bertambah takutlah mereka, kerana mereka tahu aku dapat kelebihan boleh melihat hantu.

hantu

Dalam perjalanan pulang dari surau pula, aku ternampak kawan-kawan perempuan aku berlari ke arah aku. Kelibat kawan perempuan aku itu makin dekat dan laju sehinggakan aku melihat mereka seolah-olah terbang. Tapi yang anehnya mereka terus menembusi aku sehingga aku terjatuh ke tanah. Mujurlah ketika kejadian itu ada cikgu aku yang kebetulan lalu kawasan itu dan dia terus menolong aku bangun semula.

Malamnya, aku tak dapat melelapkan mata. Tiba-tiba, kawan aku menjerit dan mengatakan ada tangan berbulu sedang memeluk dia dari arah belakang. Aku bagitahu dia supaya jangan panic dan biarkan saja makhluk itu nak buat apa. Tapi aku ni degil dia tetap juga menjerit dan berlari ke arah aku.

Disebabkan kesian melihat kawan aku yang diganggu aku putuskan untuk membuat bacaan yasin beramai-ramai. Sesudah membaca yasin kami terus tidur.
Tengah enak dibuai mimpi tiba-tiba aku dikejutkan dengan kewujudan satu lembaga berambut panjang dan berbaju lusuh warna putih.

hantu

Makhluk itu berkata “kenapa kau datang sini? Ini tempat aku. Kawan-kawan kau dah kotorkan tempat aku!!!” katanya dengan suara yang menyeramkan. Aku dengan takut-takut menjawab “kami sekadar datang untuk menuntut ilmu. Kami tahu ini tempat kau, tapi tolonglah jangan ganggu kami” kataku.

“Kau dengan kawan-kawan kau datang sini tidak minta izin aku! Kawan-kawan kau juga dah kotorkan tempat tinggal aku!” kata makhluk itu lagi sambil menunjuk ke arah satu pokok yang sudah dipenuhi sampah.

Dan aku katakan padanya “baiklah kalau kau tak suka, esok aku akan pergi dari sini dan juga akan membersihkan tempat tinggal kau itu”. Setelah habis aku berkata-kata makhluk itu terus terbang melayang-layang sambil menangis dengan suara yang amat sayu.

hantu

Esoknya, sebelum meninggalkan tempat tersebut aku meminta agar cikgu untuk membuat gotong-royongdi kawasan kem tersebut. Setelah selesai, kami mula bertolak balik ke sekolah semula. Semasa meninggalkan tapak kem itu, baru aku sedari kawasan itu kelihatan sangat menakutkan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 2 = 4