Pengalaman Seram Di Istana Billah, Papan, Perak

Hai. Aku nak ceritakan tentang pengalaman seram aku pasal Istana Billah ni. Masa diploma dulu, aku pernah datang ke Istana Billah tapi waktu tu aku langsung tak tahu bahawa istana ini berhantu. Nama Istana Billah ni pun aku tak pernah dengar langsung masa tu. Kiranya memang naif sangat-sangat la.

Aku dengan kawan-kawan aku, seramai 7 orang semuanya datang ke istani ni selepas terjebak dengan kata-kata seorang kawan aku ni. Syawal nama dia. Pada masa tu kami kena buat kajian tentang rumah melayu lama (ukiran, corak dan seni bina). Sebelum tu, biarlah aku perkenalkan nama kami semua tapi nama samaran je lah. Lelaki 4 orang, termasuk aku (Qushairi), Suhaimi, Erman dan Wan. 3 orang lagi tu pelajar perempuan, Habibi, Nana dan Anizah.

Masa ni kami kena buat tugasan berkumpulan. Pada asalnya kami nak ke negeri Melaka atau Pahang tapi dah ada kumpulan lain yang dah ke sana, jadi kami pun pilih la negeri Perak. Kebetulan pulak rumah makcik Anizah ni ada kat Perak. Cadangannya boleh la risik-risik ngan makcik Anizah ni rumah yang best-best kat sana untuk wat kajian ni nanti. Tapi sayangnya masa kami sampai kat rumah makcik Anizah, dia nak kena outstation pulak. Dengan kebenaran makcik Anizah, kami tinggal la kat rumah dia sementara nak buat kajian tu.

Dipendekkan cerita, kami tak sempat pun nak tanya makcik Anizah tentang rumah yang cantik atau best kat sana. Seingat aku, masa kami datang ke rumah dia tu, tengah cuti. Selepas berbincang, kami satu kumpulan ni sebulat suara naik van nak ke rumah yang si Syawal kata “best” tu. Rumah yang dia maksudkan itu adalah Istana Billah.

istana billah

Hampir sejam selepas brpusing-pusing kat kawasan Papan, Perak, akhirnya kami jumpa jugak tempat yang Syawal maksudkan tu. Masa sampai tu dalam pukul 10 pagi kalau tak silap aku. Jalan nak masuk ke tempat tu memang terpencil sikit tapi yang aku ingat lagi, cuma ada satu sahaja rumah melayu kat situ. Yang lain semuanya rumah cina.

Untuk masuk kawasan Istana Bilah tu pulak kami kena lalu pagar. Masa kami sampai tu, pagar itu tak berkunci, jadi kami redah aje la masuk. Sampai saja kat sana, si Suhaimi yang bawak van terus parking. Lepas tu, kami semua pun keluarlah dari van. Masa mula-mula tengok tempat tu aku dah rasa lain macam, seram sejuk je badan aku. Pastu boleh la pulak kat dinding pagar tu tulis perkataan Istana Bilah.

pagar istana billah

Suhaimi yang terbaca tulisan tu terus naik angin. Sebabnya dia kata kami semua dah kena kencing ngan Syawal. Aku pun tanya lah kenapa. Kemudian, dia cakap lah yang kami ni sepatutnya kaji pasal rumah melayu lama dan yang ada kat depan kami sekarang ni ialah istana dan bukannya rumah!!

Bila aku fikir-fikirkan balik, betul jugak cakap si Suhaimi ni. Habibi masa tu cuba untuk tenangkan keadaan. Alang-alang kami dah pun sampai di sini, Erman mencadangkan supaya kami masuk ke dalam untuk melihat-lihat keadaan istana itu.

Suhaimi, Wan dan Erman terus bergerak nak masuk ke dalam istana tu manakala aku, Habibi dan Anizah menyusul di belakang. Tiba-tiba aku perasan yang si Nana tak ikut sekali. Aku pun suruh la Habibi panggil si Nana ni yang masa tu masih lagi duduk kat dalam van. Tapi tiba-tiba Habibi menjerit panggil aku.

Mendengar jeritan Habibi, aku pun terus pergi kat tempat dia berdiri berdekatan dengan van. Kemudian, aku ternampak si Nana masa tu dah diam semacam sambil mulutnya terkumat-kamit seperti tengah membaca sesuatu. Mata dia pula terbeliak merah. Aku cuba buka pintu van tetapi ia dikunci dari dalam.

rasuk

Masa ni aku betul-betul dah mula rasa cuak sebabnya aku tahu ada benda lain dalam badan Nana ni. Dengan semangat yang ada, aku baca 3 KUL. Betul-betul lepas aku habis baca 3 KUL ni, si Nana terus berlari keluar dari van dan terus berlari menuju ke belakang istana tu. Kami cuba tangkap dia tapi tak dapat.

Aku panggil semua budak group aku balik. Aku menceritakan apa yang dah terjadi kat Nana. Aku, Suhaimi, Wan dan Erman akan cuba cari si Nana. Manakala Anizah dan Habibi pula, diminta untuk tinggal kat van sebab kebetulan pula masa tu mereka berdua tengah ‘datang bulan’. Sebelum pergi, aku pesan kat mereka supaya buka tape yassin dan mengaji kuat-kuat.

Apabila sampai kat depan istana tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi bising kat tingkat atas. Tanpa membuang masa, Suhaimi, Wan dan Erman terus redah naik ke tingkat atas. Aku ni sebenarnya penakut sikit, jadi aku tinggal aje la kat bawah. Semasa semua kawan aku dah naik atas tu, tiba-tiba aku ternampak Nana tengah berdiri di sebelah tiang dan betul-betul pandang tepat kat muka aku. Memang berderau habis jantung aku masa tu. Dan kebetulan pulak aku ternampak Suhaimi tengah dukung Nana turun dari tangga.

tangga istana billah

Aku jadi bertambah cuak sebab aku nampak ada dua Nana, satu yang kawan aku tengah dukung dan satu lagi yang kat tepi tiangtu. Tanpa mempedulikan Nana yang berdiri kat tiang tu, aku terus pergi ke arah kawan-kawan aku. Dan yang lagi “best”nya, kami masih lagi dapat dengar bunyi bising kat tingkat atas tu masa kami nak gerak dari situ. Aku tak gitau pun kawan-kawan aku yang aku nampak dua Nana tapi aku sempat lagi menoleh ke arah tiang tu masa nak blah, dan “dia” masih lagi ada di situ.

Serius, aku tak tahulah hantu jenis apa yang ada kat Istana Billah ni, siang-siang buta pun berani keluar. Tapi kawasan istana ni boleh dikatakan agak redup jugak la. Bila sampai je kat van, aku tengok Anizah dan Habibi tutup dan kunci semua pintu. Lepas masukkan Nana dalam van, kami terus nak keluar dari situ tapi masa sampai kat pintu pagar istana, van kami kena tahan ngan seorang makcik yang muka dia serius semacam.

Makcik tu boleh pulak tanya kat kami, macam mana kami boleh masuk ke kawasan istana tu? Wan cakaplah yang pagar istana tu tak berkunci tapi makcik tu cakap yang kami tipu. Sebabnya makcik tu kata dia dah kunci pagar tu dari semalam lagi. Kami pun terpaksalah yakinkan jugak makcik tu pasal pagar tu memang tak berkunci. Akhirnya makcik tu diam je.

Makcik yang aku cakap muka semacam ni sebenarnya orang yang jaga Istana Billah ni. Rumah dialah yang paling dekat dengan istana tu, yang lain-lain semuanya jauh-jauh belaka. Lepas tu, dia ada tanya kat kami apa yang dah terjadi? Wan pun cerita la yang si Nana ni dah kena sampuk sampai lari masuk ke dalam istana tu. Masa jumpa kat tingkat atas istana tu, si Nana dah pengsan.

Tetapi lagi sekali makcik tu bertanya, “Macam mana kamu semua masuk dalam istana tu?”. “Ikut pintu la makcik” jawab si Wan. “Tapi bukan ke pintu tu berkunci?” tanya makcik itu lagi. Pastu masing-masing dah buat muka confuse. Akhir sekali, makcik tu suruh kami jumpa dengan seorang ustaz kat satu gerai makan. Kami pun pergi ke gerai yang dikatakan oleh makcik penjaga istana tu.

Aku ringkaskan cerita, kami akhirnya jumpa dengan ustaz tu dan terus berubat. Lepas berubat, barulah Nana tersedar dari pengsan. Dia cakap la yang dia langsung tak sedar apa yang dah jadi kat dia dari mula kami masuk ke kawasan istana tu lagi.

Lepas ustaz tu ubatkan si Nana, Wan pulak buat hal. Tiba-tiba je dia diam semacam. Masa ni kami dah nak gerak balik ke rumah dah sebab hari pun dah petang (lepas Asar). Ustaz tu bagitahu kami yang Wan ni pun ada “benda” ikut dia balik. Wan mula cakap dalam bahasa-bahasa yang aku tak faham langsung tapi badan dia sedikit pun tidak bergerak. Masa ni ustaz tu amik serban dia, baca ayat dan terus libas serban tu kat kepala kawan aku ni. Terus dia pengsan.

Lepas waktu maghrib barulah Wan sedar. Kemudian, ustaz tu terus tanya apa yang dia buat masa kat istana tu. Rupa-rupaya masa naik ke istana tu, si Wan ni ada ambik satu tepak sirih. Ustaz tu suruh dia pulangkan malam tu jugak tepak sirih yang dia ambik tu. Masa ni aku dah tak boleh nak bayangkan rupa kami semua bila ustaz tu suruh kami pergi balik ke istana tu. Nak tengok istana tu pun dah takut inikan pulak nak masuk!!

tepak sirih

Tapi kami lega bila ustaz tu cakap yang dia dan anak lelaki dia akan temankan kami pergi istana tu semula dengan syarat siapa yang ambik tepak sirih tu yang akan letak balik ke tempat asalnya. Selain Nana, kami semua pergi semula ke istana tu.

Oleh sebab Wan ni memang dah takut nak masuk istana tu, ustaz tu suruh Erman dan Suhaimi temankan dia masuk skali. Alasannya, masa Wan ambik tepak sirih tu, mereka berdua ni pun ada jugak. Aku pulak stay kat luar istana tu bersama dengan yang lain-lain. Selamat aku tak payah masuk ke dalam sebab aku memang takut sangat masa tu.

Sebelum masuk istana tu, ustaz tu suruh Wan ni ikat jari kelingking dia guna satu benang putih. Gulungan benang yg lain aku yang akan pegang. Dia bagi amaran yang benang itu jangan sekali-kali tanggal atau putuskan. Senang cerita, akulah yang akan jaga mereka ni.

benang putih

Aku ingat lagi masa tu jam dah dekat pukul 10 malam. Kawan-kawan aku yang bertiga tu pun masuk la ke dalam istana tu dengan perasaan yang serba cuak. Aku hanya jaga benang yang ada kat tangan aku je, takut terlepas atau putus. Dekat 10 minit lepas tu, mereka bertiga masih lagi tidak keluar dari istana tu. Ustaz tu suruh aku tarik benang yang kat tangan aku tapi benang tu boleh putus pulak.

Ustaz tu terus geleng kepala. Terus dia suruh anak dia masuk ke istana tu. Tidk lama kemudian, ak tengok si Wan, Erman dan Suhaimi semua keluar dari istana tu tapi dalam keadaan bogel!! Aku ulang sekali lagi, mereka BOGEL!!! Orang yang pertama sekali keluar Wan la. Mereka memang bogel habis tapi pakaian mereka pegang la sebab nak tutup “anu”.

Aku tengok Habibi dan Anizah tak berkelip langsung pun mata tengok budak bertiga tu bogel. Hahaha. Ok, lepas mereka memakai pakaian mereka semula, kami terus balik. Tapi bukan balik ke rumah, malam tu kami tumpang tidur kat rumah ustaz tu.

Esoknya baru lah aku berani bertanya ustaz tu kenapa kawan-kawan aku semua bogel masa keluar dari istana malam tadi? Ustaz tu pun cakap la kalau rumah orang dulu-dulu atau istana biasanya akan ada “pengawal”. Kalau pencuri masuk ke rumah tu sebab nak mencuri, mereka tidak akan dapat keluar melainkan mereka bogel. Kalau tidak, sampai bila-bila pun mereka tidak akan jumpa pintu keluar.

Kredit kepada Mr. Q, penulis asal cerita ini yang berkongsi pengalaman seram beliau di laman GengCerita.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.