Pendaki Diusik Jelmaaan Bigfoot dan Pontianak

Antara pengalaman yang dikongsikan oleh pendaki terserempak bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai. Walaupun bunyinya tidak masuk akal, namun kebenaran cerita ini tidak boleh ditolak mentah-mentah. Kerana satu daripada kejadian yang disenaraikan diatas pernah dilalui sendiri oleh saya. Ketika kejadian saya menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.

Ketika kejadian, rakan saya yang sedang tidur di khemah yang berhampiran dengan air terjun dikejutkan dengan kehadiran lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya. Kehadiran makhluk itu disedari selepas beliau terdengar bunyi dengusan seperti binatang buas.

“Kami tidur bertiga dalam satu khemah dan dalam samar-samar cahaya, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (depan khemah). Badannya berbulu lebat, matanya tepat memandang saya dan ketika saya toleh sebelah untuk mengejutkan kawan, makhluk itu terus hilang,” ceritanya pada yang lain.

hantu

Kawan saya yang lain juga, turut menghadapi kejadian yang hampir sama semasa dalam perjalanan turrun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor. Ketika itu, dikatakan makhluk setinggi manusia dewasa tiba-tiba muncul di hadapan mereka.

“Waktu itu hujan renyai-renyai, aku berjalan perlahan kerana keadaan jalan yang licin. Tiba-tiba ada makhluk berbulu hitam melintas di hadapan kami. Makhluk itu bukanlah siamang kerana saiznya yang tinggi dan makhluk tersebut berjalan seperti tegap seperti manusia” katanya.

hantu

Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini. Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang.

Selain itu, kejadian yang sering dialami oleh pendaki adalah terdengar suara wanita menangis, suara orang berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seperti ada perkampungan disitu.

Dalam kejadian lain yang berlaku di Gunung Irau, Pahang. Seorang pendaki berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ. Menurutnya, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.

hantu

“Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya. Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ. Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau ‘dibuka’ semula,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam ‘gurauan’ yang lebih agresif. Saya sendiri pernah melihat rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus. Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.

hantu

Kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanyalah sebahagian dari kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara ini.

Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan ‘penghuninya’ sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here