Pelajar maut Akibat Gangguan Makhluk Halus

Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan Universiti tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi 22 tahun, mengalami masalah tersebut sebelum melanjutkan pelajaran di UPSi dan masih menerima rawatan Tradisional.

Oleh itu, kematian beliau berkemungkinan ada kaitan dengan unsur mistik yang menyebabkan beliau bertindak terjun bangunan E-Learning.

Malas, rakan serumah beliau juga menceritakan bahawa arwah sering berkelakuan pelik seperti bercakap sendirian dan menangis dengan tiba-tiba.

hantu

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.

Fatimah merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor. Ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan yang parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.

hantu

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata. Arwah Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

hantu

“Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika di temu bual.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here