SERAM!! Hantu Tok Bidan Datang Meminta Air

Pengalaman seram yang aku ingin kongsikan bersama kalian di sini adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan aku lupa sepanjang hayat. Kejadian itu berlaku ketika aku mengikut seorang kawan aku pulang ke kampungnya yang terletak di satu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Kawan aku ni namanya Borhan (bukan nama sebenar).

SERAM!! Pengalaman 5 Hari Diganggu Di Rumah Sewa

Artikel ini adalah hasil perkongsian pengalaman seram dari salah seorang pengguna laman sosial bernama Iskandar Zaidi. Beliau ni adalah pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech, Kedah. Jadi admin rasa rumah sewa dia pun dekat-dekat kawasan situ jugak la.

Mati Beramai-Ramai Diserang Pemangsa Misteri, Adakah Ia Pontianak?

Penduduk di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Indonesia kini pelik dengan kejadian sejumlah kambing milik seorang penduduk mati dalam keadaan yang cukup aneh apabila semua darah haiwan itu kering dan ada dua lubang pada leher seperti kesan gigitan pontianak.

NGERI!! Mak Bidan Ratah Uri Selepas Sambut Kelahiran Bayi

Kisah seram kali ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar. Alkisahnya keturunan keluarga Faizal (bukan nama sebenar) ini ada membela saka. Saka ini sangat merbahaya walaupun ada yang menyangka bahawa ianya baik macam ala-ala cerita Waris Jari Hantu.

Misteri Kota Iblis Di China

MOGUICHENG atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati yang terletak tidak jauh daripada daerah Xinjiang, China.

Suami Isteri Diganggu Pontianak Di Rumah Sewa Taman Medan

Kisah ini bermula apabila aku dan suami perlu berpindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa di kawasan Taman Medan dengan harga yang agak murah. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari. Jadi senang la aku nk beli apa-apa, jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik kerajaan Taman Medan pun dekat dengan rumah.

Beruk Hitam Misteri Menggoncangkan Pokok

Pada satu malam tiba-tiba pokok rambutan yang berada di belakang rumah Bakar bergoyang dengan sendirinya dan begitu pelik keadaannya kerana tiada sedikit pun angin yang dirasai ketika itu.

Kerana Permainkan Hati Perempuan, Bekas Kekasih Hantar Sihir Balas Dendam Part 4

Sebulan sebelum peperiksaan akhir untuk semester tu, aku dengan kawan-kawan aku sibuk mengulangkaji pelajaran. Gangguan dah sebulan lebih tidak ada. Sampailah satu malam, kitorang buat study group, tengah ulangkaji dan bincang-bincang tu, aku tiba-tiba rasa blur dan aku jadi tidak faham apa yang aku baca. Aku tidak faham apa yang kawan-kawan aku cakap. Macam satu bahasa yang asing bagi aku. Kepala aku jadi sakit.

Kerana Permainkan Hati Perempuan, Bekas Kekasih Hantar Sihir Balas Dendam Part 3

Tiga minggu selepas aku keluarkan jin ular tadi, masa itu cuti umum hari Isnin dan Selasa. Aku ambil keputusan untuk balik ke kampung pada malam Jumaat, walaupun cuti sekejap je. Masa ini aku dah mula insaf sikit-sikit. Aku anggap kejadian ular itu sebagai pengajaran. Aku naik bas dekat terminal. Pukul 12 malam bas pun bergerak. Perjalanan ke kampung aku mengambil masa selama 6 jam. Jadi bas dijangka sampai pada pukul 6 pagi. Aku meminta ayah aku datang jemput jam itu.

Kerana Permainkan Hati Perempuan, Bekas Kekasih Hantar Sihir Balas Dendam Part 2

Masuk bulan pertama semester 6, dah lebih 3 bulan aku single. Aku ingat nak rehat sekejap daripada kaum hawa ini. Nak fokus pada pelajaran dan berbaik-baik dengan kawan-kawan lelaki yang aku tak hirau dari dulu tu. Akhirnya aku berjaya memperbaiki hubungan kami. Budak-budak lelaki tidak lagi menyisihkan aku. Maka aku teruskan hidup seperti biasa.

Kerana Permainkan Hati Perempuan, Bekas Kekasih Hantar Sihir Balas Dendam Part 1

Kisah Benar - Kerana cuba mempermainkan hati dan perasaan perempuan, bekas teman wanita hantar sihir berupa ular, pontianak dan makhluk berbulu hitam demi untuk membalas dendam!! Kisah ini diambil dari perkongsian di laman sosial Facebook milik Emy Zulkifli, "Jangan main-main dengan hati, risau-risau menjadi dendam". Kepada pembaca kisahseram.com, marilah kita sama-sama jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.

Hati-Hati Jika Lalu Lebuhraya Utara Selatan Terutamanya Kawasan Gurun

Seorang lelaki telah berkongsi satu kisah seram di laman sosial Facebook mengenai perjalanan beliau yang menakutkan. Kisah yang dikongsi itu mampu membuat bulu roma sesiapa yang membaca kisah itu meremang dan berdiri tegak!! Kisah yang menyeramkan itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Hisham Hamid di dalam kumpulan Facebook Penduduk Alor Setar/Jitra pada bulan April yang lalu.

Misteri Wanita Dukung Anak Di Kem Batu Lima, Mentakab Pahang

Perkara ini berlaku kira kira pada tahun 1984 yang lalu. Suami saya merupakan seorang pegawai tentera yang ditugaskan di Kem Batalion 2 Melayu DiRaja Malaysia. Ketika itu, saya dan suami duduk di sebuah Kem di Batu Lima, Mentakab Pahang. Kalau tak silap saya kem itu masih lagi wujud namun Batalion 2 Melayu DiRaja telah pun dibubarkan.

Hotel Murah Berhantu Di Sabah

Artikel yang akan dipaparkan kali ini adalah perkongsian dari salah seorang pembaca setia kisahseram.com. Tetapi kisah ini bukanlah dari pengalaman beliau sendiri tetapi dipetik dari sebuah blog, blog yang mana tidak pula dinyatakan sumbernya. Jom ikuti kisah tersebut!

Akibat Sihir, Seorang Gadis Di Machang Dianggap Gila

Seorang gadis berusia 20-an di Machang, dianggap gila oleh masyarakat di sekelilingnya selepas sering dilihat bercakap sendirian, menggeleng kepala dan bergaduh dengan seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Difahamkan bahawa gadis berkenaan berdepan dengan situasi itu selepas terkena sihir.

Jelmaan Makhluk Berbulu Menyerupai Beruk Ganggu Penduduk Di Bachok

Di Bachok, cerita mengenai kewujudan penanggal masih belum terhenti sehingga kini walaupun zaman sudah moden. Malah sejak hebohnya cerita tentang makhluk halus itu yang pernah dilihat berkeliaran oleh penduduk setempat di sekitar Kampung Sungai Dua dan di kawasan kubur di Jelawat, ia telah menjadi perhatian netizen.

Misteri Wanita Berambut Panjang, Berkebaya Hijau Di Muzium KTMB, Johor Bahru

Seorang pembantu Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Yusof, 50 berkongsi pengalaman mistik yang dilaluinya tiga tahun lalu, apabila beliau ternampak kelibat seorang wanita berambut panjang meleret hingga ke tanah, memakai kebaya hijau dan berdiri di dalam gerabak lama. Sepanjang Ibrahim bekerja, itu adalah antara pengalaman misteri yang tidak dapat beliau lupakan.

Hantu Tarik Nyawa Di Sungai Golok

Salah satu destinasi syurga membeli belah yang terkenal di negeri Kelantan ialah Rantau Panjang. Namun begitu, Rantau Panjang juga tidak terkecuali turut menyimpan cerita-cerita mistik yang ada antaranya mampu meremangkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya.

Diikut Pontianak Yang Menyamar Sebagai Mak Bidan

Pada malam itu, Sarah telah pergi ke perigi yang terletak lebih kurang 50 meter dari rumahnya untuk mengambil air. Dia terpaksa mengambil sendiri air untuk digunakan bagi menyediakan hidangan makan malam kerana suaminya masih belum pulang dari tempat kerja.

Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!

Assalamualaikum. Artikel yang disiarkan kali ini merupakan hasil perkongsian dari pengalaman salah seorang pembaca setia kisahseram.com. Ikuti pengalaman seram beliau yang sungguh mendebarkan ini. Alkisahnya, saya merupakan seorang rakyat Singapura yang bernikah dengan seorang warga Malaysia dan seterusnya menetap di Melaka.

Cara-Cara Mengenali Kedai Makan Yang Menggunakan Jin Pelaris

Apabila melihat gerai makan, warung atau restoran yang dikunjungi ramai pembeli, tentu saja ia akan membuat kita berasa ingin tahu kerana apa kedai tersebut mempunyai ramai pelanggan. Adakah kerana makanannya yang lazat atau harga makanan itu yang murah? Selain dua sebab tadi, tak jarang muncul anggapan serong terhadap si penjual. Mungkin saja si pemilik tempat makan melakukan hal yang tidak sepatutnya dengan menambahkan zat pelaris. Walaupun kita harus berbaik sangka, namun kita juga perlu berhati-hati terhadap perkara sebegini.

Penunggu Asrama Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pertama sekali, perkenalkan diri saya Fiza. Saya baru sahaja menamatkan pengajian di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Di sini, saya ingin menceritakan pengalaman seram yang saya alami sepanjang saya belajar di situ.

Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Seseorang

Adakah anda menpunyai nenek moyang yang pernah mengamalkan saka? Mungkin ya dan mungkin tidak, tetapi apakah tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin tergolong dalam kalangan yang mewarisi saka. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

Pesta Hantu Lapar Untuk Roh Yang Tidak Tenang

Perayaan hantu merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh orang Cina di seluruh dunia. Menurut kepercayaan tradisional mereka, Perayaan Hantu ini jatuh pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar yang mana dipercayai roh-roh yang tidak tenang akan berkeliaran di dunia. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, mereka akan berusaha untuk menenangkan hantu-hantu ini dengan memberi 'makan' kepada nenek moyang mereka terutamanya pada hari ke-15 atau dipanggil Yu Lan yang merupakan sambutan Pesta Hantu Lapar

Kisah Hantu Kum-Kum Yang Pernah Menggemparkan Johor

Hantu, siapa yang tidak gerun akan kewujudannya yang dikatakan mempunyai paras rupa yang hodoh, bau yang busuk dan pelbagai lagi gambaran ngeri mengenai hantu ini. Begitu juga dengan hantu yang digelar sebagai hantu kum-kum. Pada satu ketika dahulu, hantu ini merupakan salah satu hantu yang paling digeruni, terutama bagi masyarakat Melayu. Hantu ini juga dikatakan pernah mengamuk dan menghantui kawasan perkampungan di negeri-negeri tertentu terutama di Johor.

Siapa Tetamu Yang Datang Memberi Salam Pada Waktu Maghrib?

Pernahkah anda mendengar cerita, ataupun mendengar sendiri suara yang memberi salam, namun apabila disahut dan dibukakan pintu, tiada kelibat manusia di muka pintu. Ini merupakan antara kisah seram yang satu ketika dahulu menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat Melayu.

Khemah Digoncang Langsuir Di Puncak Gunung Liang Timur, Perak

Azrin Abdul Karim, sudah berjaya menakluk hampir 50 gunung di dalam dan luar negara sejak berkecimpung dalam aktiviti mendaki kira-kira 25 tahun lalu. Menurut Azrin, keserasiannya dengan hutan membuatkan mereka jarang berpisah. Jika ada kelapangan beliau akan meredah hutan walaupun hanya bersendirian.

15 Tahun Berkahwin Tidak Dikurniakan Zuriat, Rupa-Rupanya Terkena Sihir Pemisah!

Artikel yang akan kisahseram.com siarkan kali ini merupakan sebuah perkongsian dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin di laman sosial facebook. Seorang pesakit pusat rawatan ini merupakan seorang wanita yang telah berkahwin selama 15 tahun, tetapi beliau masih belum kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Nama pesakit terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau sekeluarga. Sepanjang 15 tahun tersebut, beliau tidak pernah mendapatkan rawatan secara Islam, sejak beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau menghidap penyakit kanser rahim tahap satu.

Kelibat Hantu Melintas Depan Bilik

Ini adalah kisah salah seorang pensyarah aku semasa belajar di universiti dulu. Nama beliau En. Ishak (nama samaran). Nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tententu. En. Ishak adalah seorang pensyarah yang sangat suka berkongsi tentang pengalamannya semasa zaman dia muda-muda dulu. En. Ishak ni agak nakal sikit pada zaman mudanya. Salah satu perkara yang dia suka buat ialah menyakat orang.

Kisah Seram LPT2 Dan Hentian Ajil

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menyimpan pelbagai kisah mistik dan misterinya yang tersendiri. Di sini, kisahseram.com akan berkongsi pengalaman seram yang dialami oleh seorang pengguna LPT2. Pengguna tersebut yang bernama Ahmad Aziz Jaafar yang ketika itu berusia 37 tahun menceritakan bahawa dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi beliau tidak mengendahkannya. Malah, insiden seram juga turut berlaku terhadap rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil ketika awal pembukaan lebuh raya berkenaan.