Misteri Wanita Berambut Panjang, Berkebaya Hijau Di Muzium KTMB, Johor Bahru

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Seorang pembantu Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Yusof, 50 berkongsi pengalaman mistik yang dilaluinya tiga tahun lalu, apabila beliau ternampak kelibat seorang wanita berambut panjang meleret hingga ke tanah, memakai kebaya hijau dan berdiri di dalam gerabak lama. Sepanjang Ibrahim bekerja, itu adalah antara pengalaman misteri yang tidak dapat beliau lupakan.

Ibrahim mengatakan bahawa itu bukanlah kali pertama beliau diganggu ketika bekerja, malah rakan sekerjanya juga pernah melalui pengalaman yang sama memandangkan bangunan stesen kereta api lama yang dijadikan sebagai muzium itu agak sunyi. Katanya lagi, semasa kejadian itu dia baru saja tamat bekerja kira-kira jam 7.30 malam dan ternampak wanita berambut panjang di gerabak yang dahulunya digunakan sebagai tempat memasak dan meletakkan barangan kakitangan.

gerabak lama

Ibrahim menunjukkan tempat wanita berambut panjang berdiri di gerabak lama memerhatikannya, tiga tahun lalu

Semasa kejadian itu berlaku, Ibrahim sedang berjalan menuju ke tandas. Semasa melalui gerabak lama, pintu gerabak itu terbuka sedikit. Melalui pintu yang terbuka itulah, Ibrahim ternampak melalui ekor matanya, seorang wanita yang berambut panjang berdiri di tepi pintu gerabak sedang memerhatikan beliau. Terdetik dalam hatinya, siapakah wanita yang berambut panjang sehingga mencecah tanah berada di gerabak itu pada waktu tersebut memandangkan ketika itu, semua kakitangan telah pulang kerana telah habis waktu bekerja.

Ketika keluar dari tandas, kelibat wanita itu sudah tiada di situ. Ibrahim pula menganggap gangguan seperti ini adalah lumrah dan cabaran buat mereka yang bekerja di bangunan Muzium KTMB, namun perkara seperti itu tidak melunturkan semangat beliau untuk bekerja kerana beliau dan rakan-rakan sekerjanya yang lain hanya berniat untuk mencari rezeki yang halal.

Untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, bangunan Muzium KTMB dahulunya merupakan stesen kereta api Johor Bahru lama yang beroperasi dari 1 September 1932 hingga 31 Oktober dan kemudiannya operasi dipindahkan di bangunan JB sentral yang bersebelahan. Menurut Ibrahim, dia juga sering terdengar bunyi radio, sedangkan tiada kakitangan yang membawa radio.

muzium KTMB

Bukan itu sahaja, malah rakan sekerja Ibrahim juga pernah menceritakan bahawa dia juga pernah ternampak wanita berambut panjang dan berkebaya hijau ketika sedang bertugas. Demikian cerita Ibrahim Yusof yang telah bekerja dengan KTMB sejak 25 tahun yang lalu.

Sementara itu, Muhammad Faizul Mahat, 22, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah sejak setahun lalu turut mengakui bahawa beliau sering terlihat kelibat seseorang di belakangnya ketika beliau bersendirian membersihkan barangan di muzium berkenaan. “Ketika leka bersihkan barangan di muzium seorang diri, saya ternampak kelibat seseorang di belakang tetapi bila saya menoleh, tiada sesiapa”, kata Muhammad Faizul.

kelibat

Muhamaad Faizul juga mengatakan pada mulanya beliau memang agak terkejut dengan keadaan itu kerana beliau baru sahaja mula bekerja, namun lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi biasa dan beliau anggap itu semua cabaran ketika bertugas.

Sumber cerita di atas dipetik dari Sinar Harian Online.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.