Misteri Rumah Lama Atas Bukit Di Lumut

Jika anda ke Lumut, perhatikan di sebelah kiri jalan yang ada apartment di atas bukit yang ada di laluan tersebut. Anda akan nampak dengan jelas rumah papan lama di atas tanah lapang yang telah usang. Sehingga kini, masih tiada laporan rasmi berkenaan rumah lama tersebut yang tidak dirobohkan, namun penduduk setempat mengatakan bahawa rumah itu berpuaka dan sukar untuk dirobohkan kerana ‘berpenghuni’.

Rumah yang dikatakan berpuaka ini dahulunya tidak diketahui kewujudannya kerana ia dikelilingi dengan hutan tebal. Namun, Kawasan tersebut diterokai oleh pihak pemaju untuk tujuan pembangunan, barulah rumah usang lama yang kelihatan agak menyeramkan diketahui umum. Sedangkan penduduk di kawasan setempat pun tidak pernah tahu akan kewujudan rumah itu. Entah milik siapalah rumah yang telah lama ditinggalkan itu.

rumah lama

Kawasan tersebut menjadi lapang setelah diteroka dan rumah tersebut dibiarkan kekal disitu kerana ada yang menyatakan bahawa rumah ini sukar untuk dirobohkan kerana ada gangguan makhluk halus di dalam rumah tersebut. Enjin backhoe yang ditugaskan untuk meruntuhkan rumah tersebut dikatakan mati dengan sendirinya secara tiba-tiba walaupun dalam keadaan baik. Ada juga pengakuan yang katakan ternampak entiti puntianak di kawasan rumah tersebut.

Rumah hantu

Tanaman kelapa sawit telah dijalankan di kawasan tersebut dan rumah itu masih lagi ditinggalkan disitu sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, kisah rumah ini masih kekal sebagai misteri kerana ianya telah lama ditinggalkan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here