Misteri Kelibat Di Belakang Kubu Usang Di Tepi Jalan Kota Tinggi-Mersing

Di sebalik kisah sejarahnya yang tersendiri, kubu lama yang berada di tepi jalan Kota Tinggi-Mersing turut menyimpan cerita-cerita misteri dan seram yang selalu dialami oleh beberapa pemandu yang menggunakan jalan tersebut pada waktu tengah malam.

Keadaan jalan yang sunyi sepi ditambah pula dikelilingi hutan yang masih tebal, membangkitkan lagi rasa seram yang boleh menyebabkan bulu roma sesiapa sahaja meremang ketika memandu di kawasan itu terutamanya pada waktu malam.

jalan mersing

Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, beberapa kemalangan maut kerap dilaporkan berlaku di sini akibat kenderaan yang terbabas dan melanggar kubu yang hanya berada beberapa inci dari bahu jalan.

Mohd. Hafize Misroh, 36, yang bertugas sebagai seorang jurutera pernah mengalami kejadian seram ketika beliau melalui kawasan tersebut sewaktu mahu ke Johor Bharu.

Kata Mohd. Hafize, dia melalui jalan tersebut pada kira-kira pukul 11 malam, bersama seorang lagi rakannya. Ketika itu, dia sedang memandu sementara rakannya pula terlelap, tidak semena-mena kenderaannya terasa seperti melanggar sesuatu.

Dalam keadaan panik, Mohd. Hafize terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Di dalam kegelapan, dia terpandang sebuah kubu usang di tepi jalan. Tanpa berlengah, dia mengejutkan rakannya dan menceritakan apa yang berlaku.

“Pelik juga kerana selepas membuat pemeriksaan, tiada apa-apa pun yang tak kena pada kereta saya. Pada mulanya, saya ingat tayar kereta pecah. Tetapi alhamdulillah keadaan kereta elok sahaja. Sebelum saya masuk ke dalam kereta semula, saya terpandang ke arah kubu lama kat tepi jalan tu kerana saya rasa seperti ada orang yang sedang bergerak di tepi bahagian belakang kubu itu,” katanya.

Namun, rakannya segera mengajak dia masuk ke dalam kereta dan menyambung semula perjalanan. Mohd. Hafize berkata, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, bulu romanya meremang dan badan terasa seram sejuk.

Apabila merasakan sesuatu yang tidak kena, dia segera membaca ayat al-Quran dan segera menyambung perjalanan sambil bersyukur kerana tiada apa yang buruk berlaku ketika itu.

Sementara itu, apa yang dilalui oleh Mohd. Nawawi Zulkifli, 35, pula tidak jauh berbeza apabila beliau turut merasa seram sejuk ketika melalui kawasan itu pada waktu malam suatu ketika dahulu.

Mohd. Nawawi Zulkifli

Mohd. Nawawi Zulkifli

Mohd. Nawawi Zulkifli berkata, kira-kira 10 tahun yang lalu, kawasan di sepanjang jalan raya Kota Tinggi-Mersing itu hanya dikelilingi oleh hutan tebal dan apabila tibanya waktu malam, laluan itu akan menjadi begitu sunyi sepi.

“Pada waktu itu, saya melalui jalan itu pada tengah malam untuk ke bandar Kota Tinggi bersama dua lagi saudara. Seorang rakan pernah nasihati saya supaya jangan lalu kat jalan itu waktu tengah malam. Tetapi saya tidak pedulikan kata-kata nasihat tersebut,” kata Mohd. Nawawi.

Mohd. Nawawi menceritakan bahawa sebaik sahaja hampir melalui kawasan kubu usang itu, dia yang ketika itu duduk di sebelah pemandu terlihat kelibat seorang lelaki tengah duduk bertenggek di tepi salah satu kubu itu sambil memandang ke arah seberang jalan.

hantu

Katanya, lelaki tersebut langsung tidak bergerak dan pakaiannya kelihatan agak buruk. Mohd. Nawawi lantas bertanya pada saudaranya namun, saudaranya memberitahu dia tidak nampak sesiapa pun duduk di tepi kubu itu ketika melalui kawasan tersebut.

“Walaupun dengan cahaya yang samar-samar tetapi saya pasti itu adalah kelibat seorang lelaki. Itulah sekali pengalaman saya melalui jalan tersebut. Kini ada juga saya lalu jalan itu, tetapi telah banyak kenderaan yang melaluinya dan sebahagian kawasan hutan di tepi jalan itu juga telah ditebang untuk projek tanaman,” katanya menamatkan cerita.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here