Misteri Jalan Raya Di Sabah

Pernahkan anda merasakan perasaan yang menyeramkan ketika memandu berseorangan ataupun berteman, tidak kira lah pada waktu malam ataupun siang? Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika memandu melalui jalan raya di beberapa kawasan sekitar Sabah.

Jalan Tenom-Sipitang:
Saya rasa lain macam, rasanya seperti sepanjang jalan itu ada sahaja mata memerhati saya, Keadaan jalan itu sangat sunyi malah tiada kawasan perkampungan sepanjang jalan tersebut. Tapi saya tidak pernah lagi di ganggu, cuma keadaan dan persekitaran jalan itu sangat menyeramkan.

Jalan Kota Belud – Ranau :
Ketika itu saya melalui jalan short-cut untuk ke ranau melalui Kota Belud. Saya ditemani oleh tiga orang rakan saya. Pada awalnya perjalanan kami tenang seperti biasa, namun bila sampai sahaja di kawasan berbukit tiba-tiba saya merasakan kereta yang saya pandu semakin perlahan dan tidak sewenang-wenang kereta saya terus mati.

hantu

Kawan-kawan saya bertanya kenapa enjin mati, saya cuma menasihati mereka supaya membaca apa-apa sahaja ayat Quran, yang kawan seorang pula Kristian, saya suruh dia baca apa-apa doa dari Bible. Selepas itu, kami diam sejenak, masing-masing baca doa apa-apa yang rasanya patut, tidak lama selepas itu, saya cuba hidupkan semula enjin kereta dan dengan mudah enjin kereta hidup semula, kami pun teruskan perjalanan sampai ke Ranau.

Jalan Ranau – Kota Kinabalu:
Pada ketika itu, saya dan kawan-kawan dalam perjalanan untuk pulang ke Kota Kinabalu. kejadian seram ini bermula ketika kami melalui kawasan Bundu Tuhan, ketika itu saya membuka tingkat untuk merasa angin malam dan dengan tiba-tiba saya terdengar suara mengilai dari bumbung kereta yang kami pandu.

hantu

Pada mulanya bunyi itu kedengaran seperti berada jauh dari kami, lama kelamaan seperti suara mengilai itu semakin dekat, dan akhirnya bunyi perempuan mengilai itu seperti berada betul-betul di atas bumbung kereta kami. Saya cepat-cepat menutup tingkap, suara perempuan mengilai itu masih ada. Kereta yang dipandu semakin laju, saya bertanya dengannya kalau dia dapat mendengar suara mengilai itu, dia pula menjawab dengan memberikan soalan, “suara apa tu?”. “itu macam suara puntianak…mungkin dia terbang atas bumbung kereta kita” saya jawab. Sepanjang perjalanan kami hanya diam mendengar suara mengilai itu, suara itu hanya hilang selepas kami menghampiri kawasan perkampungan di hadapan jalan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

35 + = 44