MISTERI JALAN DARI KOTA KINABALU KE TAMBUNAN

Perkara ini berlaku sekitar 5 tahun lalu, ketika itu aku akan pulang ke Tambunan dalam dua kali sebulan pada tengah malam. Semua kejadian pelik yang aku alami terjadi selepas jam 12 tengah malam. Ketika itu tidak terlintas langsung difikiran aku tentang hantu atau apa-apa yang berkaitan dengan benda ghaib. Sehinggalah aku ceritakan semua kejadian yang aku alami itu kepada keluarga, barulah aku tahu itu adalah gangguan hantu.

Kisah 1.
Aku pernah terhidu bau busuk seperti bangkai yang tidak tahu datang dari mana sedangkan ketika iu semua cermin kereta ditutup rapat. Bau itu hilang selepas satu kilometer keluar dari kawasan itu, barulah bau bangkai itu hilang. Setelah aku ceritakan kejadian ini kepada keluarga, mereka cakap mungkin ada yang menumpung aku pulang.

hantu

kisah 2.
Jalan ini agar curam, ketika itu, aku dapat rasakan kereta aku bergerak sangat perlahan dan sangat lambat. Bagaikan membawa beban yang sangat berat. Dalam masa yang sama aku tercium wangian bunga dan bau itu sangat kuat, aku dapat menghidunya dari berbagai arah. Wangian itu menemani aku sepanjang perjalanan sampailah aku tiba di simpang jalang Kampung Toboh. Barulah wangian itu beransur hilang.

Bila aku ceritakan perkara ini kepada abang aku, dia katakan mungkin itu, penumpang malam yang sengaja menumpang saya ketika itu. Mungkin juga semata-mata untuk menakut-nakutkan aku.

hantu

Kisah 3.
Kejadian ini terjadi ketika aku ada emergency pulang ke kampung. Ketika dalam perjalanan pulang itu, aku terlihat seperti ada plastik hitam yang besar terbang melayang-layang dan jatuh di tengah jalan lebih kurang 100 meter dari kereta aku. Dan ketika ketera aku menghampiri plastik itu tiba-tiba plastik hitam itu melompat ke arah gaung yang ada disitu.

hantu

Disebabkan aku pernah terkena dua kali dulu, aku terus memecut laju kereta sampai tiba di kampung aku.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here