Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Siapa yang lahir tahun 70an, 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga. Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu. Tentunya ketika masih kanak-kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal-usul lagu nenek ini, siapa pencipta lagu ini dan sejarahnya.

Jom sama-sama kita amati lirik lagu nenek si bongkok tiga ini

Nenek, Nenek Si Bongkok Tiga
Siang mengantuk Malam Berjaga
Mencari Cucu Di Mana Ada
Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja
Cucu tak Dapat Lari
Nenek Tua Banyak Sakti
Sekarang Juga Nenek Mencari
Siapa Kena Dia Jadi

hantu

Sekarang kita akan menyelusuri lirik lagu ini. Apakah maksud tersirat disebalik lagu nenek bongkok tiga ini?. Apakah lagu ini ada kaitan dengan sesuatu yang mistik seperti saka atau sekadar maianan anak-anak kecil?

Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ,Siang Mengantuk Malam berjaga.
Maksudnya:
Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

hantu

Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.
Maksudnya:
Siapa terkena Gangguan ini, memilih pasangan hidupnya amat sukar. Raja yang dimaksudkan ialah kemahuannya hendak dituruti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan ‘anak raja.

Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.
Maksudnya:
Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Maksud cucu nenek tidak akan terlepas. Mereka yang berdampingan dengan jin memiliki beberapa kelebihan.

hantu

Sekarang Juga Nenek Mencari Siapa Kena Dia Yang Jadi..
Maksudnya..
Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.

Apa pun baik-baik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri.Siapa yang mengalami Gangguan Saka ini sahaja yang memahami apa yang di Lalui. Tanda-tanda orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid tak normal, sukar dapatkan zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua dan kerap nampak kelibat Nenek tua.

hantu

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here