Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 2

Ini merupakan sambungan daripada artikel Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 1. Jika anda tertinggal bahagian 1, anda boleh klik pada pautan ini untuk membaca artikel Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 1.

Serigala jadian Alfa dan serigala jadian yang lebih dekat dengan Alfa sehingga generasi keempat dirujuk sebagai Purebloods. Sisi manusia mereka mengekalkan lebih banyak kawalan ke atas sisi haiwan mereka, dan mereka juga boleh mengingati selepas itu apa yang berlaku semasa penjelmaan mereka.

Mereka boleh berubah bentuk bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Purebloods juga boleh mengakses beberapa kuasa serigala jadian mereka seperti kekuatan dan kelajuan yang luar biasa semasa dalam bentuk manusia.

Purebloods juga boleh hidup dengan hanya memakan hati haiwan sahaja, tetapi jika mereka mendapatkan hati manusia, ia adalah lebih sukar untuk mengawal diri mereka sendiri.

werewolf

Mereka akan tertarik untuk memakan hati manusia, godaan untuk terus menikmati hati manusia akan semakin meningkat dengan setiap hati yang dimakan.

Walaupun Purebloods mempunyai kawalan ke atas diri mereka sendiri ketika berubah menjadi serigala jadian, ditukar menjadi serigala jadian telah terbukti masih mempunyai potensi untuk menjejaskan keadaan mental seseorang.

Dipercayai bahawa lebih sukar bagi purebloods yang digigit untuk mengawal naluri mereka daripada purebloods yang memang dilahirkan sebagai serigala jadian.

werewolf

Kuasa dan kebolehan serigala jadian termasuklah boleh bertukar rupa menjadi mahkluk seperti serigala ketika bulan mengambang penuh. Serigala jadian Purebloods boleh berubah bila-bila masa sahaja yang mereka mahu namun mereka akan menjadi hilang kawalan sekiranya mereka memakan hati manusia.

Gejala serigala jadian boleh menjangkiti orang lain melalui gigitan. Semasa berada dalam rupa bentuk serigala, seekor serigala jadian boleh menyebabkan seseorang menjadi serigala jadian melalui gigitannya.

Serigala jadian mempunyai kuku yang tajam dan boleh mencakar melalui dinding yang keras. Taring mereka boleh mengoyak daging manusia dan boleh menarik keluar hati manusia melalui ruang dada mangsanya.

Purebloods boleh mengubah bahagian kuku mereka sahaja tanpa perlu berubah bentuk sepenuhnya. Selain itu, serigala jadian mempunyai kekuatan yang luar biasa. Kekuatan serigala jadian jauh lebih kuat daripada manusia biasa.

Mereka dengan mudah boleh menguasai manusia dan boleh merobek daging dan tulang dengan daya menakjubkan, kekuatan mereka adalah ketara walaupun sebagai mahkluk aneh, kerana mereka mampu untuk menghancurkan batu hanya dengan tangan kosong. Walaupun semasa dalam bentuk manusia, serigala jadian mempunyai kekuatan yang luar biasa.

werewolf

Semua serigala jadian seolah-olah mempunyai tahap kekuatan yang sama, bagaimanapun mungkin terdapat pengecualian untuk ini bagi serigala jadian Alfa, kerana Alfa secara semulajadinya lebih kuat daripada keturunan mereka.

Ketangkasan serigala jadian juga dipertingkatkan, ketangkasan mereka adalah lebih besar daripada manusia, sering membolehkan mereka untuk melakukan lompatan yang luar biasa dan pecutan dengan mudah.

Dengan kelajuan yang tinggi, serigala jadian boleh bergerak dengan cepat dan mereka mampu untuk bergerak dari satu tempat ke tempat dalam kiraan saat sahaja.

Serigala jadian juga mempunya stamina yang kuat di mana mereka tidak akan mudah merasa penat. Serigala jadian mempunyai deria yang lebih baik berbanding manusia.

Semua serigala jadian dapat melihat lebih baik daripada manusia di dalam kegelapan, seperti serigala sebenar, deria bau dan juga pendengaran turut sama dipertingkatkan. Serigala jadian tidak boleh dibunuh dengan cara dan senjata konvensional. Perak bagaimanapun, boleh membunuh mereka.

Selain kuasa dan keupayaan yang dipertingkatkan, serigala jadian boleh melakukan penjanaan semula. Serigala jadian boleh menjana semula semua kerosakan yang tidak membawa maut.

Serigala jadian juga boleh menyembuhkan kerosakan yang akan membawa maut kepada manusia seperti kecederaan daripada kemalangan kereta. Walaupun mereka bertukar menjadi serigala jadian selepas mengalami kecederaan tersebut, mereka boleh sembuh.

werewolf

Walaupun serigala jadian mempunyai banyak kelebihan namun mereka juga mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Kelemahan utama serigala jadian adalah barangan yang diperbuat daripada perak.

Serigala jadian boleh dibunuh dengan pisau perak atau peluru perak. Malah sentuhan dengan perak juga akan menyakitkan mereka. Selain perak, cara untuk menghapuskan serigala jadian adalah dengan memotong-motong bahagian badan mereka.

Kecederaan yang terlalu teruk tidak dapat disembuhkan semula oleh kuasa penjanaan semula mereka. Serigala jadian juga boleh dibunuh dengan memenggal kepala, dilemaskan dengan gas sulfat dan juga dengan suntikan nitrat perak.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here