Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 1

Serigala jadian ialah manusia mitos atau lagenda dengan keupayaan untuk mengubah bentuk menjadi serigala atau makhluk hibrid antara serigala dan manusia sama ada secara sengaja atau selepas terkena sumpahan atau telah dicederakan iaitu dicakar atau digigit oleh serigala jadian.

Serigala jadian ini pada siang hari mempunyai rupa seperti manusia biasa, namun apabila malam menjelma dan disinari oleh cahaya bulan mereka akan bertukar menjadi haiwan aneh yang ganas dan boleh membunuh.

Pada peringkat awal, manusia yang telah dijangkiti oleh serigala jadian atau disebut juga sebagai ‘lycanthropy’ kadang-kadang boleh diubati dengan cara transfusi darah daripada serigala jadian jantan dominan.

werewolf

Serigala jadian adalah bangsa yang menyerupai manusia tetapi mereka adalah karnivor, iaitu pemakan daging. Serigala jadian merupakan gabungan terbaik antara serigala dan manusia.

Mereka memakan daging mangsa yang ditemui berhampiran, namun disebabkan oleh peningkatan kawasan bandar, kebanyakan yang menjadi mangsa mereka adalah orang.

Apabila mereka memakan daging mangsa, mereka meninggalkan jejak yang boleh dikenali pada mangsanya. Selalunya serigala jadian akan memakan bahagian hati mangsa, walaupun kadang-kadang mereka juga makan lebih banyak bahagian badan.

Transformasi daripada manusia kepada serigala jadian ini hanya berlaku selepas serigala jadian menggigit mangsa, iaitu salah satu cara serigala jadian meneruskan penyebaran lycanthropy.

Walau bagaimanapun, mereka juga mampu mempunyai anak-anak yang dilahirkan sebagai serigala jadian. Dalam bentuk serigala jadian, tubuh badan mereka berubah dengan pesat, berubah menjadi ciri-ciri yang sesuai sebagai pemangsa.

Kuku mereka berubah menjadi tajam dan panjang, saiz taringnya meningkat dan mata mereka berubah menyerupai serigala dan bukan lagi manusia.

werewolf

Sebahagian daripada mereka yang digigit tidak dapat bertahan hidup dengan perubahan yang berlaku ke atas diri mereka dan seterusnya mati kerana perubahan tersebut disertai oleh rasa sakit yang teramat sangat.

Masa untuk perubahan itu berlaku boleh berkisar daripada sehingga sebulan lamanya, lebih tepat lagi perubahan itu akan berlaku pada ketika bulan mengambang penuh selepas sebulan dijangkiti. Namun jika yang menggigit mangsa adalah serigala jadian berdarah tulen (Purebloods) perubahan daripada manusia biasa kepada serigala jadian boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Walaupun telah dipercayai untuk masa yang lama bahawa tidak ada penawar untuk lycanthropy, namun kini terdapat penawar yang telah diujikaji ke tikus-tikus makmal dan penawar tersebut berjaya memulihkan seekor daripada beberapa ekor tikus tersebut.

Ujikaji itu adalah dengan menyuntik darah daripada serigala jadian jantan dominan kepada mangsa yang telah dijangkiti. Walau bagaimanapun, penawar ini dikatakan hanya berfungsi pada peringkat awal jangkitan. Seperti penawar ‘vampire’, ia juga tidak akan berfungsi jika serigala jadian telah membaham mangsanya.

werewolf

Setakat ini, terdapat dua jenis serigala jadian yang diketahui umum iaitu serigala jadian biasa dan serigala jadian Purebloods. Serigala jadian biasa hanya boleh bertukar menjadi serigala jadian pada malam serentak dengan kemuncak kitaran lunar iaitu pada malam bulan purnama semasa mereka tidur.

Orang yang terkena penyakit ini mempunyai kehilangan ingatan jangka pendek, yang sering menyebabkan mereka keliru dengan kehadiran luka yang mungkin disebabkan pada waktu malam ketika mereka berubah menjadi serigala jadian.

werewolf

Walaupun tidak mempunyai kawalan ke atas dan semasa perubahan mereka, serpihan tertentu personaliti dan ketakutan mereka boleh diserap oleh minda serigala jadian ini, terutamanya yang kuat.

Selain daripada kelaparan, ketakutan yang terpendam atau sikap agresif boleh menyebabkan mereka membunuh dalam bentuk binatang mereka. Oleh itu, serangan serigala jadian ini mungkin boleh dikawal oleh emosi-emosi ini, bergantung kepada yang mana satu yang dominan.

Fakta tentang serigala jadian Purebloods dan segala kelebihan serta kelemahan mereka akan dikupas dalam artikel Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 2. Sila klik pada pautan ini untuk mengikuti sambungan artikel mengenai serigala jadian pada bahagian 2 Merungkai Misteri Serigala Jadian Bahagian 2.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...