Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Setan

Kejadian ini diceritakan secara turun-temurun. Kisahnya begini pada suatu ketika, ada sepasang suami isteri dan seorang anaknya tinggal di atas bukit agak jadi dari perkampungan.

Dipendekkan cerita, si suami jatuh sakit lalu meninggal dunia. Menangislah si isteri mengenangkan nasibnya yang ditinggal mati. Kebetulan kematian si suami berlaku pada waktu malam jadi si isteri mengambil keputusan menunggu esok pagi untuk memberitahu orang kampung tentang kematian suaminya.

Sedang dia duduk menunggu mayat suaminya, tiba-tiba ada seorang tua meminta izin untuk menumpang tidur. Orang tersebut membahasakan dirinya sebagai atuk. Sambil mereka duduk bersembang, si atuk tak lepas dari memandang mayat suaminya. Orang tua itu mula menanyakan sebab kematian suaminya perempuan tersebut.

hantu

Setelah diceritakan orang tua tersebut mula bermain dengan tangan si mati sambil berkata “kesiannya cucu ku ini sudahlah mati, terpaksa berpisah dengan anak dan isteri”. Selepas berkata orang tua itu tiba-tiba mencabut jari si mati lalu memakannya.

Si isteri mula ketakutan tapi hanya mampu mendiamkan diri, si isteri mula merasa tidak selamat. Tidak lama setelah itu, muncul lagi beberapa orang tua yang memasuki rumahnya dan mula meratah-ratah daging si mati. Si isteri tahu bahawa mereka semua bukan orang tetapi dia tetap bertenang dan mula bergerak ke dapur sambil mendukung anak kecilnya.

hantu

“Nak kemana cu?” tegur tetamu-tetamu itu. “Saya nak pergi ambilkan air, kan tak elok makan tanpa air” Balas si isteri. “pergilah jangan lama-lama” kata tetamu itu lagi.

Si isteri mula mengatur langkah perlahan-lahan menuruni anak tangga bersama anaknya. Agak-gak sudah jauh, si isteri mula berlari sekuat hati. Sambil dia berlari sempat dia menangkap suara dari tetamunya tadi “kemana sudah kau? balik sini semula! mana airnya!!” Dalam ketakutan dia melajukan lariannya tanpa henti sehinggalah tida di rumah salah seorang jirannya dan terus pengsan disitu.

hantu

Esoknya setelah sedar dari pengsan, si isteri menceritakan apa yang terjadi padanya semalam. Maka orang kampung berpakar pergi ke rumahnya untuk melihat keadaan mayat si mati. Sampai disitu tiada apa yang tinggal melainkan tiang rumah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here