Mati Beramai-Ramai Diserang Pemangsa Misteri, Adakah Ia Pontianak?

Penduduk di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Indonesia kini pelik dengan kejadian sejumlah kambing milik seorang penduduk mati dalam keadaan yang cukup aneh apabila semua darah haiwan itu kering dan ada dua lubang pada leher seperti kesan gigitan pontianak.

Menurut laporan Liputan6, pemilik kambing itu, Suraji, di Dusun Danggolo, Desa Purwodadi, Kecamatan Tepus, Gunungkidul, berkata tujuh daripada lapan kambingnya ditemui mati dalam kandang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

kambing mati

Keadaan kambing milik Suraji yang mati dalam keadaan misteri

Kata Suraji, “Seekor kambing yang terselamat luka di kaki manakala seekor lembu tidak diapa-apakan”.

Sebelum itu, Suraji sudah memasang pagar kayu dan buluh bagi mengelakkan haiwan buas daripada masuk ke kawasan kandang. Setelah kambing-kambingnya mati dalam keadaan misteri itu, dia menemui kesan tapak kaki kecil di sekitar kandang.

Berikutan peristiwa aneh ini, penduduk di sekitar berasa pelik kerana badan kambing tiada kesan luka, hanya beberapa bahagian kecil kelihatan seperti dimamah oleh sesuatu.

Suraji dan penduduk menemui kesan luka pada leher yang menyebabkan kambing terbabit kehabisan darah namun tiada kesan lumuran darah di sekitar kawasan kejadian.

kambing mati

Keadaan kambing milik Suraji yang mati dalam keadaan misteri

“Haiwan pemangsa itu mungkin puluhan jumlahnya dan terdapat kesan tapak kaki kecil yang menuju ke kawasan bukit,” kata Suraji lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan Gunungkidul, Bambang Wisnu Broto, berkata pihaknya belum dapat memastikan haiwan pemangsa yang menyerang kambing terbabit.

Ketua kampung, Purwodadi Sucipto, mendakwa bahawa sudah lebih 50 ekor kambing milik penduduk menjadi mangsa serangan misteri itu dan pihaknya akan mengadakan rondaan selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 6:17 PM

Sumber: Harian Metro

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

21 + = 26