Malang Si Putih, Didera Kejam Oleh Manusia

Sebuah kekejaman yang dilakukan oleh manusia telah berlaku terhadap seekor kucing comel yang bernama Putih. Kisah ini diceritakan semula oleh seorang jurugambar, bernama Muhammad Shah Adnan M Hanapiah, 26 kepada seorang wartawan akhbar Harian Metro.

Muhammad Shah Adnan berasa sangat kecewa apabila mendapati kucing peliharaannya mengalami kecederaan yang sangat parah dipercayai didera oleh individu yang tidak bertanggungjawab. “Manusia zaman sekarang memang kejam dan sanggup mendera haiwan sehingga cedera parah,” kata jurugambar tersebut.

Muhammad Shah Adnan yang ditemui di Seremban berkata, dia yang tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang, Selangor meninggalkan kucing kesayangannya yang dinamakan sebagai Putih di rumah pada jam 5 petang kelmarin. Katanya, sejurus pulang ke rumah lebih kurang jam 2 pagi berikutan merakam gambar di kawasan berhampiran kucingnya dilihat berada dalam keadaan tenat di dalam rumahnya.

si putih kucing

“Saya amat terkejut apabila mendapati mata kanan Putih hampir terkeluar dan kepalanya cedera teruk dipercayai dihentak atau diterajang seseorang,” kata Muhammad Shah Adnan menceritakan mengenai detik-detik menemui kucing kesayangannya selepas dianiayai oleh manusia yang kejam.

Menurutnya, bahagian badan haiwan peliharaan kesayangannya itu turut tercedera dan menitiskan darah. Di manakah hilangnya sikap keperimanusiaan dan kasih sayang seorang manusia? Perlukah bertindak kejam terhadap haiwan yang lemah dan tidak boleh melawan? Semoga manusia kejam itu mendapat hidayah dari Allah dan insaf atas perbuatannya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.