Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

Kebanyakan penduduk setempat tahu mengenai kisah dan sejarah tentang apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar sebelum ianya dibuat jalan raya untuk orang awam.

Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

Dikatakan di situlah berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun terhadap orang Melayu pada satu ketika dahulu. Sehingga kini, masih ada kesan tembakan pada batang pokok kayu balak yang menjadi saksi akan kejadian hitam di situ pada waktu itu.

peta jalan Seri Iskandar Ke Parit

Kini, kawasan tersebut diwartakan sebagai hutan simpan Perak Tengah dan sebahagian darinya telah diubah status daripada hutan simpan kepada tanaman kelapa sawit.

Mungkin disebabkan kerana peristiwa hitam tersebut, banyak berlaku kes gangguan makhluk halus yang kerap dilaporkan oleh penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut lebih-lebih lagi pada waktu lewat malam.

makhluk halus

Sepanjang jalan yang sejauh lebih kurang 20 kilometer itu mempunyai liputan talian semua jenis telco yang sangat terhad. Tiada lampu jalan kerana tiada elektrik di kawasan tersebut yang menyebabkan kawasan tersebut gelap gelita dan hanya bertemankan hutan belantara dan ladang kelapa sawit.

Faktor ini menyebabkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk merompak pengguna jalan raya dengan berpura-pura kemalangan dan merompak mangsa apabila mereka cuba membantu.

jalan seri iskandar parit

Kawasan tersebut juga penuh dengan binatang seperti babi hutan, kucing hutan, musang, kerbau dan lain-lain yang sering melintas jalan secara tiba-tiba. Awas jika anda sedang memandu laju dan tiba-tiba mereka ini melintas boleh mengundang kecelakaan jalan raya.

Jalan tersebut sangatlah sunyi dan amat jarang sekali untuk kita dapat lihat kenderaan lain yang lalu di kawasan tersebut pada lewat malam kerana mungkin ramai yang sudah tahu akan keadaan jalan tersebut.

Sumber: orangperak.com

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

14 + = 21