Lagenda Makcik Karipap

Jelmaan makcik karipap telah menjadi urban legend bagi masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi makcik karipap adalah hantu yang cukup terkenal di kalangan pelajar-pelajar sekolah berasrama dan juga di kolej matrikulasi. Sebut saja tentang hantu karipap atau mak cik karipap ni macam-macam versi cerita yang boleh kita dengar. Namanya mungkin kedengaran lucu namun rupa-rupanya kisah makcik karipap ini sudah agak lama heboh diperkatakan, bermula daripada lewat tahun 90-an lagi.

Di sini kisahseram.com akan kongsi dengan semua pembaca setia tentang sebuah kisah seram yang melibatkan makcik karipap. Cerita ni cukup popular dekat kolej penginapan pelajar lelaki. Ceritanya lebih kurang macam ni; Selepas pendaftaran masuk pelajar-pelajar baru, mesti akan ada program orientasi pelajar baru selama beberapa hari. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelajar junior dan pelajar senior.

Nak jadikan cerita, ada satu malam ini pelajar senior nak kenakan seorang pelajar junior semasa minggu orientasi itu berlangsung. Si senior itu menyuruh si junior itu membeli karipap kat tingkat tiga blok D. Senior ini cakap pada junior itu yang kat blok D ada orang jual karipap sedap. Padahal, blok D tu tak pernah wujud pun. Saja je geng senior nak uji pelajar junior ni.

makcik karipap

Selepas pelajar junior yang tidak tahu apa-apa itu pergi ke blok D yang kononnya ada orang menjual karipap itu, apa lagi gelak sakan lah si senior ni. Tidak lama kemudian, dalam beberapa minit camtu pelajar junior itu kembali semula ke bilik senior itu dengan beberapa biji karipap yang disuruh beli kat tingkat 3 blok D yang tidak wujud tadi itu.

karipap

Senior semua pelik dan dah mula rasa lain macam. Jadi selepas itu, mereka tanyalah kat si junior itu mana dia dapat karipap itu? Junior itu cakap, “Saya beli kat tingkat tiga blok D yang abang-abang bagitau tadi la dengan seorang makcik”. Lepas tu makcik itu siap bagi pesanan kat junior tu, “Cakap dengan senior awak, jangan buli pelajar junior tau”.

Muka pelajar-pelajar senior masing-masing dah berubah menjadi pucat. Kalau ditoreh pun tak berdarah tu. Mereka semua rasa terkejut sampai menggigil satu badan. Persoalannya di sini, kalau blok D itu tidak pernah wujud, macam mana pelajar junior itu boleh sampai ke situ?

p/s: Sumber cerita seram ini dipetik dari shazrizalshahmy.blogspot.my dan diolah semula oleh kisahseram.com untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca setia kisahseram.com.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

64 − 54 =