La Llorona (The Weeping/Crying Woman)

La Llorona merupakan satu istilah yang diberikan kepada seorang perempuan yang dikatakan telah meninggal dunia kerana mencari anak-anaknya yang dibuang sendiri ke dalam sungai.

Terdapat beberapa versi yang menjadi buah mulut penduduk tentang La Llorona. Antaranya, La Llorona merupakan seorang gadis bernama Maria. Maria adalah seorang yang cantik rupawan yang tinggal di sebuah pekan kecil. Dikatakan, Maria seorang yang mementingkan kecantikkan sehingga dia pernah berkata bahawa dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang paling kacak di dunia.

tangisan

Akhirnya, Marin telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tampan dan kaya. Kehidupan mereka suami isteri cukup bahagia, apatah lagi Maria telah melahirkan sepasang kembar. Namun, kebahagiaannya tidak kekal lama apabila suaminya mula berubah sikap dan sering keluar daerah hingga berbulan-bulan lamanya. Maria mula merasa diabaikan oleh suaminya sendiri. Ketika suaminya pulang hanya anak-anak yang dilayan dan Maria bagaikan tidak lagi berharga.

Pada suatu hari, suaminya berkata bahawa dia akan berkahwin lagi dengan perempuan yang sama darjat dengannya bukan seperti Maria yang hanyalah perempuan kampung. Untuk menghilangkan tekanan kerana dilayan sebegitu, Maria menjadikan anak-anaknya sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan.

tangisan

Tidak lama setelah itu, Maria membawa anak-anaknya bersiar-siar di tepi sungai. Dan pada ketika itulah Maria terpandangkan suaminya yang juga berada disitu bersama seorang perempuan yang cantik sedang duduk bermesra. Si suami yang menyedari kehadiran Maria dan anak-anaknya terus menuju ke arah mereka. Tetapi malangnya bukan Maria yang disapa atau memohon maaf. Sebaliknya suaminya itu hanya mengucapkan kata-kata selamat tinggal setelah berbual dengan anak-anaknya untuk kali terakhir sebelum melangkah pergi.

Dek kerana terasa dipermainkan dan dikuasai amarah,tanpa berfikir panjang Maria terus mencampak anak-anaknya ke dalam sungai. Setelah beberapa seketika, Maria mula tersedar dan menyesali perbuatanya lalu Maria terjun ke dalam sungai untuk mencari anak-anaknya. Malangnya semua sudah terlambat, anak-anaknya sudah pergi.

Beberapa hari kemudian, seorang pengembara memberitahu penduduk bahawa seorang mayat wanita cantik terbaring di kawasan sungai. Penduduk kemudiannya menyemadikan jasad Maria di kawasan tersebut.

tangisan

Setelah kematian Maria, penduduk kampung mula terdengar suara wanita menangis di kawasan sungai. Itu bukan suara angin, tetapi suara La Llorona menangis. “Mana anak-anak ku ?” dan mereka melihat seorang wanita berpakaian gaun putih, sepertimana mereka memakaikan Maria pada hari pengebumiannya. Wanita tersebut dilihat berjalan-jalan sekitar kawasan sungai sambil menangis meratapi kehilangan anak-anaknya.

Hingga akhirnya, mereka tidak lagi memanggilnya Maria, tetapi memanggilnya sebagai La Llorona (perempuan yang menangis). Nama itu masih disebut-sebut sehingga kini. Ibu bapa selalunya melarang anak-anak mereka keluar di waktu gelap, sambil mengatakan La Llorona akan menculik mereka dan mereka tidak akan pulang kembali

tangisan

Versi lain mengatakan, La Llorona terperangkap di dunia kematian dan dunia kehidupan kerana setelah kematiannya, dia tidak dibenarkan masuk “gates of heaven” dan diminta untuk mencari anak-anaknya sehingga ditemui. Maka, La Llorona akan menculik kanak-kanak yang menyerupai anak-anaknya dan akan melemaskan mereka ke dalam sungai untuk bersama-sama dengan mereka kembali.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here