Koleksi kisah Seram Di Asrama

Kisah 1.
Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah sekolah berasrama yang terletak di Kuala Lumpur. Pada hari kejadian merupakan hari jumaat dan semua pelajar lelaki pergi solat jumaat di masjid berhampiran. Namun ada seorang pelajar nakal yang selalu ponteng solat, jadi seperti biasa dia tidak pergi solat jumaat dan menyorot di dalam almari pakaian agak tidak dikesan warden.

Tapi sayangnya, pada hari tersebut dia telah tertidur dan apabila tersedar hari sudah mula gelap. Pelajar tersebut cuba membuka pintu almari tersebut tapi hampa almari tersebut telah dikunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!. Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

hantu

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah 2.
Kisah ini bermula apabila seorang pelajar mengejutkan kawannya di katil sebelah untuk menemaninya ke bilik air. “aku takutlah.. Aku dengar cerita tandas kita ni berhantu” kata pelajar tersebut kepada rakannya.

Kawannya hanya tersenyum dan diam membisu. Selepas membuang hajatnya pelajar tersebut pergi ke singki untuk mencuci muka. Namun, sebaik sahaja paip dibuka dia terus terkejut kerana yang keluar bukanlah air tapi darah!

hantu

Dia terus menjerit memanggil kawannya tetapi yang menyahut panggilannya adalah suara yang garau dan menakutkan. Pelajar tersebut yang ketakutan mula mengetuk pintu tandas yang disangka kawannya yang berada di dalam.

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Kisah 3.
Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya. Menurut erita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi. Tiba-tiba dia terdengar ada suara yang mengikutnya menyanyi. Suara itu seperti suara nenek tua yang amat menyeramkan.

Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal. “Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.

hantu

Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.

Ketiga-tiga urban legends ini mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here