Kolej Kediaman Kingfisher Universiti Malaysia Sabah

Hai semua pembaca setia kisahseram.com. Kalau semalam admin berkongsi mengenai pengalaman seorang staf perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini pula admin akan kongsikan pengalaman dari seorang bekas pelajar UMS yang tinggal di Kolej Kediaman Kingfisher ketika belajar di situ. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

Memandangkan ramai pula orang yang buka cerita hantu kat kampus-kampus, ni sekarang aku nak buka cerita hantu kat bekas kampus yang aku belajar dulu iaitu Universiti Malaysia Sabah. Masa belajar tu, aku tinggal kat Kolej Kediaman Kingfisher. Kolej ini cantik lah, dia rumah teres dua tingkat. Aku tidak ingat jalan berapa, tapi ia terletak berhampiran dengan hutan paya bakau dan sungai kat tepi jalan tu.

Kolej Kediaman Kingfisher ums

Aku suka tinggal kat situ sebab nyaman dan orang pun tidak berapa ramai. Mula-mula aku masuk kolej tu, aku tinggal dengan kawan aku empat orang yang beragama Islam dan empat orang beragama bukan Islam. Antara kami semua, ada seorang paderi dan paderi tu tinggal di tingkat bawah.

Bila masuk waktu malam je, aku rasa rumah itu macam seram sikit. Terutamanya apabila paderi itu dia pergi kelas, pastu kat bawah tak ada orang. Aku selalu juga sembahyang Isyak (tengah malam) kat tingkat bawah bila paderi i tiada di rumah sebab kadang-kadang kawan sebilik aku tu dia suka buka radio kuat-kuat kat atas, jadi aku terpaksa lah beralah. Aku beralah bukan apa, aku tak nak lah gaduh-gaduh sebab nanti jadi tak seronok pula dah lah duduk sebilik.

shadow

Apa yang buat aku seram kat rumah ini ialah kadang-kadang waktu aku tengah sembahyang, aku rasa macam meremang je bulu roma aku. Aku rasa macam satu sudut dekat ruang tamu itu ada benda hitam tengah berdiri kat situ dan pandang ke arah aku yang tengah sembahyang. Pastu, kadang-kadang rasa benda itu ada dekat belakang aku je. Kalau nak diikutkan mahu sahaja aku sembahyang kat tingkat atas, tapi aku malas nak bertekak dengan kawan sebilik aku yang suka pasang lagu kuat-kuat tu. Aku tidak tahu apa sebenarnya benda itu tapi dia memang suka berdiri kat sudut tepi ruang tamu.

Pastu apabila aku nak tidur, benda tu akan ikut. Ketika aku tutup lampu, memang nampak ada kelibat dekat pintu, yang juga sudut tepi bilik tidur aku itu. Aku selalu kalau tidur, aku tutupkan je muka aku dengan selimut sebab takut. Kadang-kadang kalau dah takut sangat aku biar je lampu bilik tu terbuka, dalam keadaan terang macam tu rasa selamat sikit. Tapi kawan sebilik aku suka pula tidur bergelap, jadi aku beralah juga la. Aku ada juga cakap dengan dia yang aku rasa seram dan nampak kelibat bila aku nak tido. Namun kawan sebilik aku tidak percaya.

kelibat

Aku tidak pasti sama ada benda itu memang menghuni kat rumah itu atau benda itu ikut aku balik dari hutan. Sebabnya bidang yang aku belajar tu banyak kena pergi turun padang. Kadang-kadang kena masuk hutan, ada juga kena tidur kat pantai. Tetapi benda ini memang dia akan sentiasa muncul kalau aku nak tidur atau solat. Tempat yang paling dia suka duduk adalah dekat salah satu sudut ruang tamu tu. Selalu sangat aku nampak bayangannya secara sipi-sipi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.