Kisah Wanita Kahwin Dengan Hantu Lanun

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Memetik laporan dari Sinar Online, seorang wanita berusia dalam 40-an dan berasal dari Ireland Utara telah mengahwini hantu yang berusia kira-kira 300 tahun selepas dia berputus asa mencari lelaki sempurna untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Wanita tersebut yang bernama Amanda Teague, 45, dari Downpatrick mendakwa dia menemui cinta sejatinya, iaitu hantu lanun Haiti, bernama Jack Teague dari abad ke-18 yang kini sah bergelar suaminya.

Menurut Amanda, hubungan mereka bermula pada tahun 2014 ketika dia sedang berbaring dan merasa seperti ada ‘tenaga’ di sisinya.

Sejak itu, roh lanun tersebut sering menemaninya menonton televisyen dan memandu kereta di mana mereka mula mengenali antara satu sama lain. Lama-kelamaan perasaan cinta mula timbul antara mereka berdua.

“Saya dapat merasakan perasaan yang kuat terhadap Jack. Kami menjadi sangat rapat dan lama kelamaan saya mula menyukainya,” ujar Amanda.

kahwin hantu lanun

Foto perkahwinan Amanda dengan hantu lanun bergelar Jack Teague dari abad ke-18.

Akhirnya Amanda mengikat tali cinta dengan roh tersebut selepas dia berjaya mendapatkan pendaftar dan berkahwin di tengah perairan antarabangsa.

Wanita yang sering menjadi penghibur pengajuk watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean itu turut menggunakan medium spiritual di majlis perkahwinan mereka untuk membolehkan Jack melafazkan perkataan ‘I do’.

“Saya amat gembira. Dia adalah teman sehati-sejiwa saya dan ia adalah hubungan yang sangat sempurna. Ramai yang tidak tahu tentang hubungan spiritual ini dan ia mungkin adalah pasangan yang sesuai bagi mereka,” kata Amanda mengakhiri perbualan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.