Kisah Teksi Berhantu

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hamid dan Alan baru sahaja menyiapkan kerja mereka di pejabat. Walaupun lewat malam begini, mereka berdua terpaksa pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

Hari itu banyak kerja yang perlu diselesaikan kat ofis, balik pun lewat. Sebelum ini tak pernah macam ni, selalu balik pun dengan kereta Alan. Tapi hari ini kereta buat hal. Rosak, tak boleh hidup. Sudahnya masuk

Semasa sedang menunggu teksi, Hamid dan Alan berborak kosong untuk menghilangkan kebosanan. Semasa sedang berborak tu, tiba-tiba terkeluar tentang topik teksi berhantu.

Alan: “Eh, betul ke orang cakap kat sini ada teksi berhantu?? Ada dengar tak??”
Hamid: “Ada jugak la aku dengar. Diorang cakap, pemandu teksi jemput penumpang tu, kemudian dia menjelma jadi hantu. Bau busuk dan dengan muka yang hodoh. Lepas tu hisap darah orang pulak tu. Kenapa kau tanya?? Wat seram je la kau ni!”
Alan: “Pertama kali aku balik kerja naik teksi ni. Aku rasa lain macam pulak. Berdebar-debar je. Ada yang tak kena ni. Ahh!! Biar lah, jangan fikir bukan-bukan. Itu semua tahyul, mengarut!”
Hamid: “Tahu takpe. Haa!! Tu teksi tu, tahan-tahan!!”

teksi

Teksi tersebut berhenti betul-betul di hadapan Hamid dan Alan. Pemandu teksi menurunkan tingkap dan bertanya, “Nak balik mana dik?? Korang ni penumpang terakhir abang ni. Jangan jauh-jauh dah la.” Alan menjawab, “Kitorang nak ke Subang. USJ1 bang, Apartment Permai. Tahu tak bang?? Boleh la bang, jauh sikit je. Boleh ye bang.”

Pemandu teksi: “Eh, jauh tu dik dari Pandan ni. Jauhnya kerja. Dari Subang ke Pandan.”
Hamid: “Sebelum ni naik kereta bang. Hari ni je naik teksi. Boleh ye bang?”
Pemandu teksi: “Naik lah. Kesian pulak aku tengok korang ni.”
Alan dan Hamid: “Terima kasih bang. Hehe..”

Dalam perjalanan, si pemandu teksi ni pun buka la satu cerita. Pemandu teksi tanya, “Korang pernah dengar cerita teksi hantu kat sini tak?”. “Pernah. Kenapa bang?? Betul ke cerita ni?”, Alan dan Hamid membalas dengan pertanyaan.

Pemandu teksi : “Eh, betul la. Korang ni tak percaya ek dengan benda-benda macam ni? Memang ada pun. Penumpang yang naik teksi berhantu itu akan terhidu bau busuk dari teksi itu. Itu tanda-tandanya la. Pastu teksi tu akan berhenti kat suatu tempat yang sunyi dan gelap.

teksi

Kemudian, pemandu teksi tu pun akan menjelma menjadi lembaga hitam yang besar dan bertaring. Lepas tu lembaga tersebut akan menghisap darah penumpang. Haa, lebih kurang macam tu lah ceritanya.”

Alan: “Yeke? Malang la nasib siapa yang kene tu. Hehe. Saya tak percaya la benda-benda ni bang. Tahyul-mahyul je!”
Hamid: (sambil berbisik) “Oi, mangkuk!! Pehal cabul sangat mulut kau ni?? entah-entah brader teksi ni hantu tu. Lain macam je aku tengok. Dia pun arif bercerita, macam die je hantu tu. Takut aku!”
Alan: “Hahahahahaha. Buat lawak la ko ni.”
Pemandu teksi: “Apa yang lawaknya dik? Gelak besar lagi tu?? Jangan main-main dik dengan benda-benda halus ni! Hehehe.”

Selepas kena tegur dengan pemandu teksi tersebut, Hamid dan Alan masing-masing terdiam. Tiba-tiba terbit satu bau yang agak busuk, menusuk dan mencucuk-cucuk rongga hidung mereka berdua.

Hamid: (sambil berbisik) “Wei, kau ada bau tak apa yang aku bau? Bulu roma tengkuk aku dah tegak-tegak ni. Lain macam je. Abang teksi ni pun tiba-tiba senyap je. Weh, aku takut la!”
Alan: (sambil berbisik) “Eh, kau jangan takut! Kalau kau takut, aku pun takut. Memang ada bau pun. Jangan dia berhenti kat depan tu dah. Tempat tu sunyi, gelap pulak tu.”

Tiba-tiba teksi itu berhenti betul-betul kat satu tempat gelap. Suasananya pula memang sunyi sepi.

teksi

Alan dan Hamid: “Aaahhh, sudaahh!! Kenapa berhenti bang??”
Pemandu teksi: “Hehehe. Tempat sunyi ni elok berhenti. Gelap, tak ada orang. Takda sesiapa yang nampak. Hehehe, korang duduk sini diam-diam. Hehehe..”
Alan dan Hamid: “Hah!! Alamak tok!! Jangan hisap darah kami tok, kami tak kahwin lagi. Kursus kawin baru je daftar, tu pun kelas dia tak pergi lagi. Ampunkan kami tok. Waa, waa..”

Pemandu teksi: “Tok?? Eh, apahal korang ni? Aku nak gi berak la kat semak tu, kang terang-terang kang orang nampak pulak. Eh!! Aku sakit perut la..makan jering dan petai tengahari tadi. Korang tak bau ke kentut aku tadi?? Lagi pun kat sini bukan ada tandas pun. Dah, dah. Lepaskan kaki aku. Siap melutut, merayu lagi ni. Ape kes?? Eishh!! Lepas-lepas, berak dalam seluar pulak aku kang!! Eish!!”

“Hah?? Laa..!! Buang karen je, tak pasal-pasal kitorang takut dengan bau kentut tu tadi!!”, teriak Alan dan Hamid. Selepas menunggu pemandu teksi melepaskan hajatnya, pulanglah mereka dengan selamat ke rumah mereka.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here