Kisah Seram Tandas Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum. Kali ini admin kisahseram.com membawakan sebuah kisah seram dari negeri bawah bayu pula. Cerita ini berlaku di tandas perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dikongsi oleh salah seorang staff yang pernah bertugas di perpustakaan tersebut. Ikuti pengalaman beliau di bawah.

Saya pernah bekerja di Perpustakaan UMS, tingkat 3 (Aseana). Saya pernah kerja lebih masa di sana sampai jam 10 malam, selama 2 minggu sorang-sorang saja kerana kawan yang bertugas sama dengan saya cuti kecemasan. Pernah satu malam tu, kira-kira jam 8 malam, pelajar yang datang hanyalah dua orang. Jadi, masa itu saya duduk di kaunter.

library ums

Di perpustakaan ini, kedudukan tandas terletak di belakang. Saya pula selalu menggunakan tandas untuk orang kurang upaya (OKU). Tandas tersebut berada tengah di antara tandas lelaki dan perempuan. Malam itu seperti biasa saya pergi ke tandas untuk mencuci muka. Tiba-tiba saya terdengar pintu tandas perempuan berbunyi kuat, saya pun keluar tengok sebab terkejut dengan bunyi itu. Saya berdiri di luar tandas agak lama, tapi tiada siapa pun keluar atau masuk tandas itu. Kemudiannya, saya buat tidak tau saja masa itu.

Semasa bekerja petang hari seterusnya, jam 7 malam itu masih lagi ada kawan bekerja, waktu itu hujan baru saja berhenti tapi masih renyai-renyai. Kakak yang kerja untuk sebelah pagi masih belum balik lagi, tunggu orang datang jemput, jadi dia duduk dekat kaunter. Saya pun pergilah ke tandas tengah tu, iaitu tandas OKU. Semasa saya tengah melepaskan hajat di dalam tandas itu, saya terdengar jeritan perempuan yang amat nyaring dari dalam tandas perempuan.

Saya pun terus cepat-cepat, lepas siap saya pun keluar. Saya tengok semua pelajar dan kakak yang duduk dekat kaunter, tenang saja macam tidak mendengar apa-apa. Saya menunggu dekat tepi tandas tapi tiada pula pelajar yang keluar. Saya semakin hairan. Saya tanya dengan kakak di kaunter itu sama ada dia ada terdengar jeritan itu atau tidak? Ya, kakak itu memang ada mendengar orang menjerit tapi dia buat tidak tahu saja.

tandas

Saya pun kembali ke tandas itu semula, masa itu ada makcik tukang cuci hendak bersihkan tandas. Jadi, dengan bantuan makcik itu saya pun pergilah memeriksa tandas perempuan itu. Pada mulanya, makcik itu tidak mahu membenarkan saya masuk sebab dia memang telah sedia maklum bahawa tandas itu memang macam itu (agak ‘keras’). Dia kata kalau dulu lagi teruk, dia pernah terkunci secara tiba-tiba dalam tandas itu dan siling tandas tersebut boleh jatuh hingga terpatah dua.

Makcik itu bercerita, masa awal-awal dulu asal saja keluar dari tandas perempuan, mesti ada saja terdengar suara orang menangis-nangis, sampai pengawal keselamatan kena panggil untuk datang memeriksa atas siling tandas, tetapi tidak ada apa-apa yang dijumpai di situ. Mengikut cerita mak cik itu lagi, dulu pernah satu kenduri dibuat depan dengan tandas itu untuk baca doa bagi mententeramkan ‘penghuni’nya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

53 − 51 =