Kisah Seram Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah Bahagian 1

Kisah ini dipetik dari sumber Kedah2u dan koleksi berita informasi Melayukinidotnet. Dari sumber yang diperolehi, kisah ini adalah merupakan sebuah kisah benar yang pernah terjadi di Kuala Kedah.

Sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah ke rumah sewa di Kuala Kedah sering diganggu oleh makhluk halus. Mereka berasa sungguh terkilan kerana empunya rumah sewa tersebut tidak memaklumkan apa-apa tentang rumahnya yang sudah ‘berpenghuni’ sebelum ini.

Sudah menjadi lumrah, jika seseorang itu berpindah ke rumah baru sudah pasti dia akan diganggu. Antara cerita hantu mengenai rumah sewa yang paling popular di Malaysia ini adalah rumah di Shah Alam.

Kejadian itu telah menyebabkan beberapa orang meninggal dunia akibat ditimpa penyakit misteri. Tak mengapa itu cerita lain, jom kita baca kisah sebuah rumah sewa yang dikatakan berhantu di Kuala Kedah.

rumah hantu

Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan.

rumah berhantu

Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utama.

hantu wanita

Apabila tibanya waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan bermacam-macam lagi gangguan lain.

Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa. Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang berumur lebih kurang tiga atau empat tahun. Mereka juga turut menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.

hantu wanita

Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak dan isterinya.

Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samaada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap di situ, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut sudah lama ‘berpenghuni’ dan memang telah menjadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.

Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dengan kawan saya itu dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya perkara tersebut.

Namun semua usaha yang dilakukan untuk mengusir makhluk halus dan entiti jahat daripada rumah sewa tersebut kerap menumui jalan buntu dan hanya sia-sia sahaja.

hantu wanita

Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok besar di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan ‘sesuatu’ sebelum taman itu dibina.

Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk pada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh daripada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.

Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan-akan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok besar itu.

Rumah yang disewa itu adalah lot tepi dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut. Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya.

Dia menyatakan bahawa tiada apa yang dimaklumkan oleh pemilik rumah itu. Malah pemilik rumah hanya bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.

hantu pokok

Saya menyarankan agar dia berjumpa dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal untuk menyelesaikan masalah makhluk halus yang sering mengganggu hidup keluarga mereka.

Selain itu, mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut. Ayat-ayat al-Quran juga perlu selalu dibaca atau sekurang-kurangnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci di rumah sewa mereka melalui radio.

Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil untuk menghalau makhluk halus yang menghuni rumah tersebut. Malah gangguan yang dihadapi semakin ‘keras’.

‘Penghuni’ rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, tetapi ibu mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.

penunggu

Malah ibu mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher ibu mertuanya turut dicekik oleh ‘penghuni’ itu sehingga sesak nafasnya.

‘Penghuni’ itu melepaskan ibu mertuanya hanya selepas beliau membaca Ayat Qursi. Itu pun terpaksa dibaca dalam hati sahaja kerana mulutnya tidak dapat bersuara.

Bersambung ke Kisah Seram Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah Bahagian 2. Sila klik di pautan ini untuk membaca kesinambungan Kisah Seram Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah Bahagian 2.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

30 − 27 =