Kisah Seram Diganggu Hantu Polong

Kisah ini berlaku pada tahun 2001. Ia adalah pengalaman seram yang berlaku terhadap seorang anak gadis yang bernama Nadia. Nadia dibesarkan dalam keluarga yang berada kerana bapanya adalah seorang usahawan yang berjaya. Kisah seram ini bermula ketika Nadia baru sahaja selesai menduduki peperiksan SPM dan sedang menunggu keputusannya.

polong

Nadia tidur di dalam biliknya seorang diri manakala 2 orang lagi adik-adiknya berada di asrama sekolah dan hanya pulang ke rumah sekali-sekala sahaja. Pada suatu malam ketika Nadia sedang tidur lebih kurang jam 1 pagi, pintu bilik Nadia terbuka dengan sendiri. Nadia sangat mengantuk dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Nadia hanya memasang telinga untuk mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.

Kemudian Nadia mendengar seperti ada orang yang membelek album gambarnya, majalah dan lain-lain. Seolah-olah ada seseorang yang berada di sebelahnya. Nadia hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Pada keesokan malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Nadia. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Nadia, tidak kiralah sama ada dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku.

Pada satu malam Jumaat, Nadia melelapkan mata seperti biasa. Semasa sedang tidur, tiba-tiba Nadia terasa sejuk, lantas dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Nadia apabila melihat tingkap biliknya terbuka luas, tanpa berlengah lagi Nadia terus berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Nadia, ayah dan ibunya dapat mendengar dengan jelas bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah.

polong

Setelah lebih kurang sepuluh minit berlalu, dengan rasa takut mereka bertiga naik ke tingkat atas untuk ke bilik Nadia untuk melihat apa yang berlaku. Tingkap di dalam bilik Nadia ditutup oleh bapanya. Nadia kemudiannya diminta untuk tidur di dalam bilik ibu bapanya buat sementara waktu. Pada pagi keesokannya ibu Nadia mendapati cermin muka di dalam tandas luar hilang tanpa dapat dikesan.

Malam berikutnya Nadia tidur seperti biasa di dalam biliknya tanpa memikirkan apa yang terjadi pada malam sebelumnya. Nadia leka membaca Majalah Mangga yang baru dibelinya sambil enak berbaring.Leka membelek gosip-gosip artis, Nadia tertidur sendiri akibat keletihan di dapur petang tadi. Baru sahaja terlelap, tiba-tiba Nadia terdengar pintu biliknya terbuka sendiri.

Alangkah terkejutnya Nadia apabila melihat dihujung kaki katilnya terdapat satu lembaga hantu polong yang hangus terbakar mukanya, dengan mata merah menyala yang seakan-akan tersembul keluar dan sedia mahu menerkam Nadia. Nadia menjerit ketakutan dan terus menutup muka dengan selimut lalu membaca ayat kursi.

polong

Hantu polong itu terus menyerang Nadia dengan mencekik leher Nadia sehingga membuatnya sesak nafas. Dengan sedaya-upaya Nadia melawan hantu polong tersebut sambil berusaha untuk melepaskan diri sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sekuat hati. Akhirnya hantu polong tersebut melepaskan Nadia dan malam itu merupakan malam terakhir Nadia diganggu oleh makhluk terkutuk itu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.