Kisah Hantu Janda Jahat Yang Mengganggu Lelaki

Penduduk lelaki di sebuah kampung terpencil berdekatan Bangkok, Thailand yang ketakutan terpaksa memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur angkara hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung tersebut. Dipercayai bahawa dengan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa hantu berkenaan.

Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand itu turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu janda jahat berkenaan.

Kampung yang mempunyai lebih kurang 90 orang penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas seramai lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur.

Penduduk percaya kampung mereka diganggu oleh hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka pergi bersamanya.

Selepas berlaku beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung lelaki berzakar besar berserta tulisan ‘tiada lelaki di sini’.

hantu janda

Seorang penduduk bersama patung lelaki dengan kemaluan besar bagi mengelirukan hantu janda jahat.

Penduduk percaya zakar besar adalah simbol kelelakian dan kekuatan yang menyebabkan hantu itu tertarik dengan patung berkenaan, bukannya manusia.

Kaum wanita yang merasa bimbang akan keselamatan suami masing-masing memaksa suami mereka memakai pakaian perempuan dan bersolek sebelum tidur bagi menipu hantu berkenaan.

Penduduk mendakwa, cara yang digunakan itu dianggap berjaya kerana tiada seorang pun lelaki meninggal dunia sejak seminggu yang lalu.

Salah seorang penduduk bernama Nong Ayu, 68, berkata, semua orang takut dengan hantu janda itu dan ada khabar angin yang mengatakan bahawa lelaki di kampung berhampiran turut menerima nasib sama seperti yang berlaku di kampungnya.

“Tiada siapa tahu punca dari mana datangnya hantu janda jahat tersebut dan orang tua di kampung ini bimbang hantu itu akan membunuh remaja lelaki pula. Akhirnya tiada lagi lelaki di kampung ini,” kata Nong Ayu.

Lima lelaki yang masih sihat itu ditemui mati tidak lama selepas mandi dan tidur, sejak awal bulan ini. Untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, artikel ini dipetik dari laporan myMetro yang disiarkan pada hari Rabu, 28 Februari 2018.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.