Kisah Cinta Tragis Antara Manusia dan Hantu di Thailand

Di pinggir sungai Prakanong, Bangkok terdapat satu kuil yang menyimpan kisah cinta romantik dan tragis. kisah cinta yang menjadi legenda dan sebutan ini terjadi diantara manusia dan hantu.

Kisah ini menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Nak. Nak merupakan seorang isteri seorang prajurit yang tinggal di pinggir sungai Prakanong. Kisahnya bermula apabila Nak ditinggal pergi oleh suaminya untuk menjalankan misi, Nak yang ketika itu sedang mengandungkan anak pertamanya. Nak setia menunggu kepulangan suaminya sampailah tiba masanya Nak melahirkan tetapi malangnya Nak meninggal ketika bertarung nyawa melahirkan anaknya.

cinta hantu

Dek kerana cinta yang terlalu besar kepada suami, Nak dan anaknya yang telah mati tidak mahu pergi meninggalkan dunia ini. Dengan penuh kesabaran dan pengharapan yang tinggi Nak setia menanti kepulangan suami tercinta walaupun sebagai hantu.

Penantian Nak tidak sia-sia, setelah sekian lama akhirnya suaminya pulang ke pangkuannya. Si suami sangat gembira apabila kepulangannya disambut oleh isteri dan juga anak kecilnya. Kehidupan mereka sangat bahagia bersama tanpa diketahui oleh sang suami yang hidup dengannya adalah jelmaan hantu isteri dan anaknya.

cinta hantu

Namun kebahagian yang dikecapi oleh keluarga kecil ini, tidak bertahan lama apabila si suami mengetahui kebenarannya. Bahawa yang tinggal bersama dengannya selama ini bukanlah isteri dan anaknya yang sesungguhnya tetapi hanyalah jelmaan mereka.

Jelmaan Nak yang mendapat tahu suaminya sudah tahu akan kebenaran yang mengatakan dia sudah meninggalkan mula mengamuk kerana tidak dapat terima hakikat tersebut. Namun kemarahan Nak dapat dihentikan dengan bantuan seorang dukun.

cinta hantu

Dukun tersebut berjaya mengambil tulang dahi Nak dan dimasukkan ke dalam botol. Sejak itu, sebuah kuil dibina dan dinamakan kuil Wat Mae Nak. Sebagai tanda mengingati awrah Nak seorang isteri yang setia dengan cintanya kepada suami.

cinta hantu

Di dalam kuil Wat Mae Nak itu ada patung kayu wanita memiliki rambut panjang sebagai simbolik seorang Nak.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here