Kisah Beristerikan Pontianak

Kisah ini berlaku di sebuah teratak di hujung desa terpencil. Sementara menunggu si bapa pulang berkebun di kala hening senja, seorang anak gadis menyisir rambut emak tirinya yang panjang mengurai, tetapi tiba-tiba sikatnya tersangkut sesuatu pada tengkuk emaknya.

“Emak, kat tengkuk mak ada tahi lalat besar!” kata anaknya. “Ye ke? Ishh.. kenapa la tahi lalat tumbuh kat situ pulak? kalau tumbuh kat dagu macam Syarifah Aini ok la jugak” ujar emaknya. Tapi setelah dibelek-belek, dia bertambah terkejut kerana benda hitam di tengkuk ibunya itu bukanlah tahi lalat yang biasa, tetapi tahi lalat yang keras macam besi, siap ada kepala lagi!

“Emak, ini bukan tahi lalat, tapi paku besar yang melekat di tengkuk mak ni!” kata anaknya tambah terkejut. “Hah, paku? Kalau paku tu berkarat bahaya tu, tolong cabutkan cepat nak!” Desak emaknya. Setelah dicabut paku tersebut dari tengkuk emaknya, si anak bertambah terkejut melihat perubahan fizikal pada emak tirinya!

pontianak

Perubahan yang berlaku itu sangat menakutkan! Mata emak tirinya bertukar merah, gigi tumbuh taring, kuku memanjang, punggung tambah melentik sambil mengerang dan menjerit. Selepas itu beliau terus masuk ke dalam hutan sambil mengilai-ngilai. Begitulah alkisah yang meremangkan bulu roma yang tersebar sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu.

Menurut orang tua-tua zaman dahulu, pontianak boleh diubah menjadi manusia biasa yang cantik jelita dengan hanya menusukkan paku pada bahagian tengkuknya. Justeru itu, ada lelaki yang berani ‘beristerikan’ jembalang itu dengan cara yang amat mudah itu, namun yang pentingnya mesti ada keberanian.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memaku tengkuk pontianak juga mudah didapati di mana-mana kedai, iaitu sebatang paku yang panjangnya lebih kurang 10cm dan sebuah tukul besi untuk mengetuk paku tersebut. Cara-caranya adalah datang senyap-senyap dari arah belakang pontianak, selak rambutnya dan paku bahagian tengkuk pontianak itu secepat mungkin.

paku pontianak

Mudah saja kan caranya. Ada sesiapa yang ingin mencuba memaku tengkuk pontianak? Cubalah kalau anda berani. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran cerita ini. Mungkin ia hanya mitos semata-semata atau sekadar bahan hiburan untuk mengisi masa lapang masyarakat pada zaman dahulu. Maklumlah pada zaman dahulu mana ada televisyen atau internet.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

81 + = 82