Kisah Benar Seram Serata Dunia Yang Difilemkan

Kebanyakan filem-filem seram yang diterbitkan di layar perak adalah diinspirasikan daripada kisah sebenar yang mampu membuat bulu roma anda berdiri tegak. Elakkan menonton filem-filem seram ini seorang diri di tengah malam atau pada malam Jumaat kerana ia bakal membuat anda berasa takut untuk ke tandas seorang diri lebih-lebih lagi pada malam hari. Berikut adalah sinopsis filem-filem seram yang diadaptasi daripada kisah yang benar-benar terjadi di alam nyata.

the exorcist

The Exorcist (1973)

Salah satu filem seram yang paling menguntungkan yang pernah dibuat, filem ini adalah berdasarkan kepada peristiwa yang sebenar. Sinopsis filem “The Exorcist (1973)” adalah seperti berikut. Ketika Regan (Linda Blair) bermula bertindak ganjil contohnya seperti terapung di udara dengan sendiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami, ibunya(Ellen Burstyn) yang bimbang mula mencari bantuan perubatan, namun hanya menemui jalan buntu. Seorang paderi tempatan (Jason Miller), bagaimanapun, berpendapat gadis itu mungkin telah dirasuk oleh syaitan. Paderi itu membuat permintaan untuk melaksanakan proses pengusiran syaitan tersebut dan pihak gereja telah menghantar seorang pakar (Max von Sydow) untuk membantu dengan kerja pengusiran yang sukar itu.

the amityville horror

The Amityville Horror (1979)

Pada tahun 1979, filem yang diterbitkan bertajuk “The Amityville Horror” yang menjadi filem seram klasik segera.Terdapat kisah benar yang mengilhamkan penghasilan filem hebat ini. Fakta bahawa filem ini adalah berdasarkan kisah benar hanya menambahkan keseraman filem tersebut. Filem seram 1979 ini adalah berdasarkan kisah sebenar yang dialami oleh George Lutz (James Brolin) dan isterinya, Kathleen (Margot Kidder), yang berpindah ke dalam rumah impian mereka di Long Island dengan anak-anak mereka. Tetapi kehidupan keluarga Lutz ini bertukar menjadi mimpi ngeri sebagai warisan pembunuhan kejam yang pernah yang dilakukan di rumah tersebut secara perlahan-lahan memberi kesan buruk kepada keluarga mereka. Walaupun mereka meminta bantuan paderi iaitu Father Delaney (Rod Steiger), dia tidak berjaya mengusir kehadiran syaitan dari rumah itu.

emily rose

The Exorcism Of Emily Rose (2005)

Filem ini dibintangi oleh Laura Linney, Tom Wilkinson and Jennifer Carpenter berdasarkan kisah benar yang terjadi kepada Anneliese Michel dan diceritakan secara terperinci di dalam buku “The Exorcism of Anneliese Michel” yang ditulis oleh Doktor Felicitas Goodman. Dalam filem campuran psikologi seram dan drama mahkamah ini, Emily Rose (Jennifer Carpenter) adalah seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang mula menunjukkan tingkah laku pelik dan merisaukan; semakin lama tindakan beliau menjadi semakin merosakkan dan mengejutkan, Emily mula bercakap dalam bahasa pelik dan memusnahkan simbol-simbol agama yang di sekitarnya. Ibu bapa Emily percaya bahawa anak perempuan mereka telah dirasuki oleh syaitan, dan pihak Gereja Katolik bersetuju untuk melakukan proses pengusiran syaitan daripada badan gadis malang itu. Ketika paderi Moore (Tom Wilkinson) cuba untuk menghalau syaitan dari badan Emily, gadis itu mati ketika proses pengusiran itu berjalan. Disebabkan itu, Paderi Moore didakwa dengan pembunuhan akibat kecuaian.

emily rose 2

Peguam Erin Bruner (Laura Linney) diupah untuk mewakili paderi Moore melawan pendakwa Ethan Thomas (Campbell Scott), yang berniat untuk membuktikan terdapat penjelasan perubatan yang kukuh untuk tingkah laku Emily, termasuk sawan dan skizofrenia. Semua ini membawa kepada perdebatan hangat di mahkamah antara tanggapan kepercayaan dan sains. “The Exorcism of Emily Rose” telah diilhamkan oleh kisah nyata kehidupan Anneliese Michel, seorang wanita muda dari Jerman yang meninggal dunia pada tahun 1976 selepas seorang paderi di Wurzburg menghabiskan lapan bulan cuba untuk menghalau roh-roh jahat dari badannya.

the conjuring

The Conjuring (2013)

Berdasarkan kisah benar, “The Conjuring” memberitahu kisah menakutkan bagaimana dunia penyiasat paranormal terkenal Ed dan Lorraine Warren telah dipanggil untuk membantu sebuah keluarga yang ditakutkan oleh kehadiran kuasa ghaib di sebuah rumah ladang yang terpencil. Terpaksa berhadapan dengan entiti jahat yang berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka.

annabelle

Annabelle (2014)

Di dalam filem “Annabelle” John Form (Ward Horton) menganggap bahawa dia telah menemui hadiah yang sempurna buat isterinya yang sedang sarat mengandung, Mia (Annabelle Wallis). Hadiah itu merupakan sebuah anak patung klasik dalam pakaian putih yang cantik. Walau bagaimanapun, kegembiraan pasangan ini tidak bertahan lama. Pada satu malam , terjadi peristiwa yang menakutkan. Pada malam tersebut, pemuja syaitan telah menceroboh rumah mereka dan menyerang pasangan ini dengan ganas. Ketika pemuja syaitan itu cuba menyeru syaitan, mereka menconteng dinding nurseri dengan darah untuk melukis simbol dalam cubaan mereka untuk menyeru syaitan dan menitiskan darah atas anak patung Mia. Disebabkan perbuatan pemuja syaitan tersebut menyebabkan anak patung yang sebelumnya cantik bertukarnya menjadi sebuah saluran untuk kejahatan sebenar.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.