Kisah benar Seorang Lelaki Hampir ‘Bercinta’ Dengan Hantu Cantik

Aku Amran berasal dari Jakarta. Aku bersama empat orang rakanku baru tiba di Malaysia untuk menghadiri majlis pernikahan yang bakal diadakan oleh sahabatku yang kini menetap di Malaysia. Untuk sampai ke rumah sahabatku yang terletak di Bukit Saujana Selangor, kami terpaksa menempuh satu jam perjalanan dengan menaiki kereta.

Untuk majlis persandingan sahabatku (Anas) telah menyewa tempat di Kayangan Heights yang merupakan kawasan perumahan elit. Setelah sampai aku terus menolong mereka dengan membuat dekorasi dan memasang pelamin yang akan digunakan pada hujung minggu ini.

Dalam keasyikan melakukan kerja, tak terasa jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Akibat kepenatan, mereka yang lain lena diulit mimpi. Aku masih melakukan kerja yang hampir siap sepenuhnya.

wanita hantu

Suasana malam yang sunyi dan tenang, tiba-tiba lenyap dengan bunyi kocakkan air di kolam renang. Aku terus melihat ke arah kolam dan aku dapati ada seseorang yang sedang berenang. Setelah diperhatikan, baru aku tahu orang itu adalah seorang perempuan. Perempuan itu melambaikan tangannya setelah dia menyedari aku melihatnya.

Tanpa aku sedar, aku terus melangkah ke arah perempuan tersebut. Dia bertanya kepadaku “ada kenduri ke?” Aku hanya menjawab “ya ada kenduri”. “Dari Indonesia?” soalnya lagi. Aku hanya mengangguk

Pada ketika itu, aku tak nampak apa-apa yang pelik dan tak merasakan apa-apa. Perempuan tersebut perkenalkan diri sebagai Lin. Lin meminta bantuan dariku agar menemaninya pulang ke rumah. Alasannya kerana sudah lewat malam dan dia tidak ada kenderaan untuk pulang.

Kerana kerjaku sudah selesai, aku memenuhi permintaannya. Dalam perjalanan Lin bercerita, katanya dia tinggal seorang diri dan sudah bercerai dengan suaminya yang berbangsa cina. Aku tak bertanya lebih kerana dia seperti dalam kesedihan ketika bercerita.

hantu wanita

Setelah sampai, Lin menjemputku masuk dan menawarkan aku kopi. Aku hanya membalas tak perlu susah-susah kerana aku nak cepat balik dan berehat di rumah. Lagi pula tidak elok rasanya berada di rumah seorang janda pada larut malam.

“tunggulah sekejap” kata Lin seperti memujuk. Tanpa berlengah Lin terus menerpa ke arah ku dan melekatkan bibirnya ke bibirku. Spontan hasrat kelelakianku meninggi sehingga aku pun membalasnya. Ketika Ia telah membuka semua bajunya dan dengan terus menerkam ke arah ku. Dalam separuh sedar, bayangan isteriku muncul dan menyedarkan aku.

Aku terus menolak Lin dan membalikkan badanku dengan membelakanginya, aku katakan “maaf Lin. Aku harus pulang secepatnya.” Lin hanya menunduk dan memakai bajunya semula. “tak apalah, di bawah almari ini ada sejumlah wang, ambillah semuanya,” kata Lin

tangisan

Setelah selesai berkata, Lin meniup mukaku dan secara tiba-tiba duniaku terasa gelap. Keesokannya, aku tersedar apabila namaku dipanggil. Apa bila tersedar aku kehairanan macam mana aku boleh tertidur disini dan di mana Lin.

Segala persoalanku terjawab apabila rakanku menyatakan yang rumah ini sudah lama kosong dan di rumah ini juga pernah terjadi pembunuhan kejam seorang perempuan yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Perempuan tersebut ditikam sebanyak 18 kali.

hantu cantik

Tiba-tiba aku teringatkan pesanan Lin, aku terus menuju ke arah almari yang disebut dan disitu terdapat satu bungkusan kertas. Apabila dibuka memang betul di dalamnya terdapat sejumlah duit yang banyak. Tanpa berfikir panjang aku terus menyedekahkan wang tersebut ke masjid dengan harapan Lin akan tenang dialam sana dan tidak lagi mengganggu aku.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

83 − = 75