Kisah Balan-Balan Kota Belud

BALAN-BALAN datang lagi! Dalam artikel kali ini kisahseram.com akan berkongsi mengenai kisah balan-balan di Kota Belud pula. Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang berkahwin dengan urang Sabahan; Saya nak berkongsi cerita tentang kisah balan-balan yg diceritakan oleh seorang kenalan suami saya. Kenalan suami saya itu adalah orang Bajau yang berasal dari Kota Belud, Sabah. Kisah ini terjadi di dalam daerah Kota Belud dan dikatakan berlaku pada sekitar tahun 90-an.

Dalam sebuah kampung di daerah Kota Belud, ada seorang lelaki tua yang tinggal seorang diri. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba dia membina sebuah pondok dan terus tinggal di kampung itu. Dia tinggal seorang diri sahaja tanpa sesiapa. Sumber makanan lelaki tua itu didapati dari hasil kerja-kerja kampung sahaja. Lelaki tua ini tidak suka bergaul dengan penduduk kampung. Jika terserempak dengan sesiapa, dia akan cepat-cepat beredar.

Pernah suatu hari, ada di antara penduduk kampung yang berpeluang untuk berborak dengan lelaki tua tersebut. Kata mereka lelaki ini berbangsa Suluk atau Filipina berdasarkan slang percakapannya. Desas-desus penduduk kampung mengatakan bahawa lelaki tua ini merupakan balan-balan kerana dia sentiasa menutupi lehernya dengan kain. Namun desas-desus itu tidak dapat dibuktikan, lagipun orang kampung malas nak ambil tahu tentang hal lelaki tua itu sebab selama ini tidak ada sebarang masalah pun yang berlaku.

balan-balan

Selepas beberapa bulan dia tinggal kat kampung itu, penduduk kampung mula berasa tidak selesa kerana ada di antara mereka yang pernah beberapa kali terserempak dengan bebola api yang terbang pada waktu malam. Dari situ mulalah menjadi kerisauan di kalangan penduduk kampung apabila ada kematian di kalangan penduduk situ. Ini kerana balan-balan di sini dikatakan suka mencuri mayat, berbeza dengan penanggal di semenanjung. Balan-balan di Sabah jika berjaya mencuri mayat, dia akan menggantikan mayat itu dengan batang pisang tanpa disedari oleh mereka yang menguruskan jenazah.

bebola api

Peristiwa balan-balan mencuri mayat ini pernah terjadi di mana jenazah yang hendak dikebumikan semasa hendak diturunkan ke liang lahad, anak si mati yg kebetulan tinggi ilmu agamanya yang mengangkat jenazah terasa kerasnya badan si mati itu lain dari kebiasaannya. Untuk mencari jawapan pada rasa peliknya itu, dia meminta supaya jenazah bapanya dinaikkan semula ke tepi kubur. Selepas itu dibukanya ikatan kain kafan yang membaluti tubuh jenazah ayahnya. Alangkah terkejutnya semua yang hadir ketika proses pengebumian tersebut apabila melihat jenazah itu telah ditukar kepada batang pisang! Tiada sesiapa pun yang menyedari bila masanya jenazah itu ditukarkan dengan batang pisang.

batang pisang

Kes mayat yang ditukarkan dengan batang pisang itu berlaku di Kota Belud juga lama dahulu. Risaukan kisah lama itu berulang kembali, sebagai langkah berjaga-jaga penduduk kampung itu sentiasa berwaspada terhadap lelaki tua itu jika ada sesiapa yang meninggal. Di rumah penduduk kampung sentiasa tersimpan stok limau nipis, paku dan buluh kerana semua ini merupakan antara barang-barang yang ditakutinya. Balan-balan ini tidak takut pada ayat al-Quran kerana pada asalnya dia juga adalah seorang manusia biasa yang mengamalkan ilmu sesat atau ilmu hitam. Pada siang hari ia berupa seperti manusia biasa dan normal namun pada malam hari ia bertukar menjadi balan-balan.

Ada satu hari itu, seorang penduduk kampung meninggal dunia kerana kemalangan. Agak teruk jugalah keadaannya kerana mangsa mengalami pendarahan di kepala. Darah tidak berhenti-henti mengalir sehinggalah semasa dimandi dan dikapankan. Keluarga mangsa mempercepatkan urusan pengebumian jenazah memandangkan hari masih terang. Takut jika sampai ke petang hari atau malam keadaan sudah gelap dan yang paling mereka risaukan adalah kemunculan balan-balan. Masa itu yang menguruskan mandi jenazah adalah seorang alim di kampung tu. Tiba-tiba datang lelaki tua yang tinggal seorang diri itu tadi dan dia mengintai jenazah semasa dikafankan. Mungkin disebabkan bau darah arwah yg menarik perhatian dia untuk datang ke situ walaupun dia tidak suka bercampur-gaul dengan orang sekeliling.

intai

Masing-masing merasa pelik dengan kehadiran lelaki tua itu. Orang alim tadi pun terasa sesuatu lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran. Masa itu juga mata lelaki tua itu berubah menjadi merah tetapi dia tidak berganjak walau seinci pun dan terus memerhatikan jenazah. Kuat betul penangan bau darah itu pada dia. Bau dia sedap la kot bagi golongan balan-balan ini. Orang alim tadi segera mencari ahli keluarga arwah dan berbisik mengarahkan mereka mencari limau nipis dengan sebanyaknya.

Keluarga arwah pun cepat-cepat menyediakan limau nipis bagi menunaikan permintaan orang alim itu tadi. Limau nipis yang mereka beri diperah airnya ke dalam bekas yang berupa mangkuk. Kemudian menerawanglah semerbak bau limau nipis di rumah arwah itu tadi. Apabila bau limau nipis memenuhi segenap ruang di rumah tu, lelaki tua itu tadi segera beredar dalam keadaan tergesa-gesa.

limau nipis

Selepas jenazah orang yang meninggal kerana kemalangan itu selamat dikebumikan, orang alim dan penduduk kampung segera pergi ke pondok lelaki tua tadi. Namun sia-sia sahaja kerana ternyata dia sudah pun menghilangkan diri dan tidak nampak batang hidung lagi selepas hari itu. Mungkin sebab dia dah ketahuan dek penduduk kampung bahawa dia adalah balan-balan!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.