Kerap Diganggu Oleh Hantu Perempuan Yang Nakal

Assalamualaikum, perkenalkan nama saya Sara. Saya ingin menceritakan tentang kisah seram yang pernah berlaku pada saya dan keluarga saya. Kisahnya begini, saya dan keluarga baru sahaja berpindah ke rumah baru lebih kurang sebulan yang lepas.

Saya tinggal di rumah tersebut bersama emak, kakak dan adik, manakala ayah saya bekerja di luar. Kali ini saya akan menceritakan tentang keganjilan rumah saya. Pada mula saya pindah ke rumah baru, tidak ada apa-apa yang terjadi dan semuanya tenang sahaja, namun kejadian-kejadian pelik mulai terjadi.

Suatu hari ketika balik dari sekolah sekitar pukul 1 setengah petang, suasana rumah saya sepi seperti biasa, adik saya sedang bermain di luar, emak saya tidur tengahari, manakala kakak saya ada kuliah.

Saya mula merasakan sesuatu yang berbeza ketika masuk ke dalam rumah. Setelah bergegas menukar pakaian, saya bersiap-siap untuk makan tengahari, hari itu cuaca cukup mendung seperti akan turun hujan, saya makan di ruang makan.

ruang tamu seram

Posisi saya makan membelakangi jalan menuju ruang tamu dan pintu depan, saat saya sedang ralit melayan makanan, tiba-tiba dari arah belakang saya seperti ada orang berjalan menuju ke ruang depan, saya fikir emak saya bangun dan mahu keluar, tapi dengan tidak semena-mena saja bulu romaku meremang.

Namun disebabkan rasa lapar saya tidak hiraukan itu semua. Selepas habis makan, saya pergi ke ruang tamu untuk berbual dengan emak tapi alangkah terkejutnya saya kerana tidak ada sesiapa pun di ruang tamu itu. Jadi siapa sebenarnya yang berjalan keluar tadi? Sebab kalau emak saya keluar rumah pasti terdengar bunyi pintu depan di buka.

Tanpa berfikir panjang saya terus memeriksa bilik emak saya, dan alangkah lebih terkejutnya apabila melihat emak saya sedang lena tidur. Dipendekkan cerita ketika makan malam, seperti biasanya saya makan malam bersama emak, kakak dan adik.

Saya tidak menceritakan kepada mereka kejadian yang saya alami siang tadi kerana tidak mahu menakutkan mereka. Ketika makan, kakak saya bertanya kepada aku begini dialognya

Kakak : “Sara, awal pulak Sara balik tengahari tadi. Sara tak sihat ke dapat balik awal tadi?”
Saya : “Eh, cepat apanya kak? Sara mana ada sakit pape pun. Tengahari tadi Sara balik macam biasa.”
Kakak : ” Jangan main-main lah Sara, tadi sebelum kakak pergi kuliah lebih kurang pukul 12, kakak nampak Sara tidur dalam bilik. Kakak ada tanya apa pasal balik awal hari ini tapi Sara diam je, jadi kakak ingat Sara sakit”
Saya : “Mana ada Sara balik pukul 12, Sara balik pukul 1 setengah kak”

Terus saya dan kakak saya terdiam. Nasib baik emak meredakan suasaana dengan segera menyuruh kami segera habiskan makan malam kami. Esok paginya sebelum pergi ke sekolah, saya bertanya kepada emak saya tentang kejadian-kejadian pelik yang saya dan kakak alami.

Emak saya memberitahu bahawa rumah kami sebenarnya ada penunggu hantu perempuan yang sangat degil, sudah beberapa kali di halau namun tetap kembali semula balik ke rumah.

hantu nakal

Sejak kejadian itu beberapa hari kemudian hantu perempuan itu semakin menjadi-jadi mengganggu keluarga saya. Bermula dari hal kecil saja ketika malam, selalu saja terdengar dari laman depan rumah saya seperti orang yang tengah berjalan sambil memakai selipar yang ke besar, padahal ketika itu baru pukul 8 malam.

Setiap malam ketika saya tidur pasti kepala saya selalu di pukul atau dicuit. Bunyi paip air di bilik mandi yang terbuka secara tiba-tiba, gelas yang terjatuh dan macam-macam lagi gangguan yang kami terpaksa lalui.

Lama-kelamaan emak saya tidak tahan lagi dengan gangguan hantu perempuan tersebut, hingga akhirnya ayah saya memutuskan untuk memanggil seorang ustaz yang pakar untuk mengusir hantu perempuan tersebut.

Sewaktu upacara mengusir hantu perempuan tersebut, hantu itu memberikan satu syarat. Syarat yang pelik bagi saya. Syarat itu menakutkan ada, lucu pun ada.

Syarat yang dikenakan oleh hantu perempuan itu ialah dia mahu didukung oleh ayah saya ke pokok kekabu yang ada di sebelah rumah saya barulah dia setuju untuk keluar dari rumah kami.

Mahu tidak mahu, ayah saya terpaksa memenuhi syarat hantu perempuan tersebut supaya isteri dan anak-anaknya tidak terus-menerus diganggu. Atas bantuan ustaz tersebut dan kecekalan ayah, alhamdulillah akhirnya rumah kami kini kembali tenang, setelah hantu tersebut keluar.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here