Kerana Permainkan Hati Perempuan, Bekas Kekasih Hantar Sihir Balas Dendam Part 4

Sambungan dari Kisah Benar – Kerana cuba mempermainkan hati dan perasaan perempuan, bekas teman wanita hantar sihir berupa ular, pontianak dan makhluk berbulu hitam demi untuk membalas dendam!!. Jika anda tertinggal episod sebelumnya, anda boleh klik di sini untuk membaca kisah bekas kekasih hantar ular, pontianak dan makhluk berbulu untuk balas dendam Episod 1, Episod 2 dan Episod 3.

Episod 4

Sebulan sebelum peperiksaan akhir untuk semester tu, aku dengan kawan-kawan aku sibuk mengulangkaji pelajaran. Gangguan dah sebulan lebih tidak ada. Sampailah satu malam, kitorang buat study group, tengah ulangkaji dan bincang-bincang tu, aku tiba-tiba rasa blur dan aku jadi tidak faham apa yang aku baca. Aku tidak faham apa yang kawan-kawan aku cakap. Macam satu bahasa yang asing bagi aku. Kepala aku jadi sakit.

sakit kepala

Kawan-kawan aku terus syak ‘penyakit’ aku datang balik. Mereka suruh aku baring-baring dulu. Tapi aku tetap tak faham apa yang mereka cakapkan. Aku pandang muka kawan-kawan aku seorang demi seorang. Ada 4 orang kawan aku masa tu. Aku macam dah tak kenal siapa diorang semua. Muka diorang perlahan-lahan menghitam. Hitam sampai tak nampak langsung mata, hidung dan mulut. Aku terkejut, aku menjerit macam orang gila. Kawan-kawan aku yang dah tak bermuka itu datang ke arah aku.

Aku bangun, aku nak lari. Tapi badan aku rasa berat sangat, lutut rasa longgar. Aku terpaksa merangkak ke pintu. Aku menjerit sekuat-kuat hati aku. kemudian, pintu itu dibuka. Penghuni-penghuni hostel yang lain masuk nak tengok apa yang berlaku. Tetapi diorang pun sama. Muka hitam. Aku takut, takut sangat. Aku menangis. Aku seolah-olah ada kat dunia lain. Persekitaran aku jadi gelap. Aku tidak tahu apa yang berlaku.

Kawan-kawan aku tadi dah jadi makhluk lain. Aku nampak diorang semua berbulu-bulu. Salah satu makhluk itu datang dekat dengan aku. Tiba-tiba dia baling aku dengan air. Air itu masuk mata aku. Aku pejam mata, pedih. Aku dengar sayup-ayup suara beritahu aku, “Jangan buka mata dahulu, jangan bukak”. Aku terus pejam mata. Sikit-sikit aku mula faham apa yang kawan-kawan aku cakap. Aku dengar bacaan ayat Kursi beramai-ramai.

makhluk berbulu

Aku rasa ada orang hembus-hembus muka aku. Lepas itu baru dia suruh bukak mata. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku tengok keadaan semua dah pulih seperti sediakala. Tiada lagi makhluk berbulu. Aku jadi tenang sikit. Banyak kali aku beristighfar. Bila aku dah okay, kawan-kawan suruh aku tidur kat bilik diorang tu je. Senang kalau ada apa-apa yang terjadi. Terharu aku. Padahal dulu aku berlagak dengan diorang.

Aku jadi tension. Rasa tak sanggup pula teruskan hidup macam ni. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku kena sabar. Hari-hari seterusnya, aku diganggu dengan lebih teruk. Bila aku study kat meja, aku rasa macam ada orang kat belakang. Bila aku toleh, takda pula. Kadang-kadang, kerusi aku digoyang dengan kuat. Bila aku bangun, dia berhenti. Kelibat tak payah cakap la, asalkan aku kat depan cermin, memang ada la kelibat yang lalu-lalang di belakang aku.

kelibat

Aku semakin tertekan. Aku jadi susah tidur, sebabnya bila aku berbaring beberapa minit atas katil, benda itu main kaki aku. Dia usik-usik, main jari kaki. Kalau aku buat tak layan, aku rasa kaki aku berat macam orang duduk pulak atas tu. Sudahnya aku tidak tidur, berjaga sampai ke pagi. Itu pun aku terpaksa melepak bilik kawan-kawan aku barulah rasa tenang. Bila dah pagi baru aku tidur, tu pun sekejap saja. Hidup aku dah porak peranda, kawan-kawan aku report kat mak aku. Akhirnya mak aku datang jemput aku dari universiti dan bawa balik rumah.

Bila sampai kat rumah, Tok Lah tengah tunggu. Mak aku menangis-nangis, merayu-rayu kat Tok Lah. Entah apa yang dirayu tidak tahulah. Ayah aku pun menyampuk mintak tolong. Lama Tok Lah pandang aku. Memang keadaan aku dah tak terurus, kusut masai. Aku memang tak yakin boleh menjawab peperiksaan macam ini. Selepas tu, Tok Lah mintak tempoh sehari, dia nak fikir dulu. Aku pun tidak faham apa yang mak dan ayah aku minta dari Tok Lah.

Esoknya, Tok Lah datang pagi tu. Dia setuju dengan permintaan mak dan ayah aku. Barulah aku tahu apa yang mak dan ayah aku minta. Mereka minta Tok Lah ‘balas balik’. Tok Lah kata akan guna kaedah bakar bata. Selama tiga hari tiga malam. Aku diam, rasa risau dan takut, betul ke tindakan macam ni? Sehari selepas tu, pagi-pagi lagi aku dapat panggilan daripada Dila, tapi bukan dia yang call, mak dia. Dalam telefon, mak dia menangis-nangis minta jumpa. Aku beritahu di mana rumah aku, malam tu mak dan ayah Dila sampai. Tapi Dila tidak ada. Mereka menangis-nangis mengaku salah atas perbuatan anak dia sihirkan aku.

Mereka peluk aku minta maafkan Dila, tapi mak aku mengamuk pulak. Ayah aku cuba kawal mak aku. Bising satu rumah malam tu, aku pula tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas beberapa ketika, suasana jadi senyap. Mak aku dah hilang suara, penat. Mak dan ayah Dila pula dah kering air mata. Ayah aku serahkan pada aku, aku cakap pada mak dan ayah Dila, suruh dia janji takkan buat lagi. Aku akui kesilapan aku, dan dia pun dah balas dengan buat aku menderita berbulan-bulan. Jadi, kosong-kosong la.

Mak dan ayah Dila bersetuju. Mereka siap bersumpah takkan bagi Dila buat lagi. Lepas mereka balik, ayah aku maklumkan pada Tok Lah, mak dan ayah Dila ada mengaku bahawa anak dia hantar tiga jenis jin untuk kacau aku iaitu jin ular, pontianak dan makhluk berbulu hitam. Akhirnya, gangguan pada aku dah berhenti. Aku dapat jawab peperiksaan tanpa masalah paranormal ini lagi. Tapi kejadian ini cukup menginsafkan aku.

Tamat.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here